Saturday, October 5, 2013

Semangat turun naik.

Dalam hidup ni kan
Tiap2 hari kte kena buat pilihan
Bezanya ada 2 je
Samada kesannya BAIK atau BURUK
Bila sampai 1 masa kan
Kita kena buat keputusan utk masa depan kita
Kita berpikir & berpikir
Kita buat 1 pilihan
Kita rasa pilihan tu lah yg terbaik

Bila kita dah ada atas jalan yg kita rasa terbaik tu
Tiba2 ada dugaan yg datang
Dugaan yg buat kita rasa downnn
Dugaan yg buat kita rasa mcm looser
Dugaan yg hampir2 buat kita give up
Kita mula berpikir balik
Samada betul ke keputusan yg kita dah buat tu
Keputusan yg kita rasa terbaik tu

Even semangat downn kan
Mcm ada 1 side dlm diri kita yg push kita bangun balik
Semangat yg menyedapkan hati kita blk
Ini baru permulaan
Bak kata org, permulaan tu selalunya susah
Masih awal utk give up
Masih panjang lagi perjalanan yg kena ditempuh
Tiba2 otak rewind balik saat2 masa buat keputusan besar tu
Keluar balik reasons kenapa kita buat 1 pilihan tu

Kalau kita rasa itu pilihan terbaik kita
Terus kuat semangat
Betulkan niat
Usaha lebih
Allah akan bantu, InsyaAllah

Semangat naik mendadak balik
Maybe 1 hari nnt, semangat akan down balik
Semangat turun naik
Semoga hati kuat



Monday, September 30, 2013

Penjaga hati.

Hati.
Hati manusia ni sensitif.
Sangat sensitif.
Kalau terluka, lama nak sembuh.
Ubat mujarab nk mengubati hati ada 3.
Solat, Zikir, Doa

Hati bercerita.
Dulu tuan punya hati tak pandai menjaga hatinya sendiri.
Tuan punya hati jatuh cinta.
Dia serahkan hatinya bulat2 pd manusia.
Manusia tu tak menghargai.
Manusia tu sakitkan hati tu.
Manusia tu tinggalkan je hati yg kesakitan tu.

Tuan punya hati kutip balik hati dia.
Dia suburkan dgn solat, zikir & doa.
Tuan punya hati cantum balik hati tu jd sempurna balik.
Hati tu jd cantik & nampak baru.
Tuan punya hati rasa takut.
Takut kalau hati tu akan jatuh sakit macam dulu.
Sakit yg ambik masa lama utk sembuh.

Tuan punya hati bagi hati tu pd yg berhak.
Tuan punya hati bg hati tu pd ALLAH.
sbb dia percaya hati tu akan selamat dalam jagaan Allah.
Supaya hati tu takkan hancur berkecai lagi.
Biar Allah yg jaga.

Bila tiba saat manusia yg tepat datang nak menuntut hati tu.
Jangan tuntut pada tuan punya hati.
Pergi tuntut pd Allah.
kerana Allah la penjaga hati.


Sunday, September 8, 2013

penang's memories.

Assalamualaikum. skrg kan rase best sgt. sbb akhirnye bercutiiiiiii !! yeah. best sgt duduk rumah. rumahku syurgaku. yela, mase bulan 6 hari tu lps habis final exam x sempat cuti lama2 pun. terus pegi penang LI. skrg dah habis LI. dah blk perak. dah tinggalkan penang yg bnyk memori. 

penang kan cheq nk habaq kan, mmg sgt best. kalau nk pegi melancong dlm malaysia ni, penang should be on the top list la. sbb penang bnyk tempat menarik & makanan yg sedap2. sepanjang 2 bulan lebih kat penang pun x sempat nk round semua tempat. hopefully dapat pergi lg. insyaAllah family trip pulak..

even kat penang, perak tetap dihati :)
pemandangan dari atas penang hill
dpt jumpe blk bff kmpk ! ain & shaz
masjid kapitan keling
nasi briani kapitan
nak naik feri lagiiii
jamuan hari raya
tandoori nan cheese
pasemboq
jambatan penang
internmates yg dirindui :')
bergambar dgn sv masa last day
cenderahati dari ippt usm

LI kat penang ni even just 2 bulan 2 minggu, tp penangan kenangan tu mmg bnyk sgt. bnyk ilmu baru, pengalaman baru, kawan2 baru yg kte dapat sepanjang tempoh yg singkat ni.. segala kenangan manis tu akan disimpan dlm hati & fikiran sampai bila2. syg sgt kenangan kat penang ni. bnyk sgt kenangan indah dgn kwn2 semua. harap dapat jumpa diorang lg ! insyaAllah :D

Masa decide nk LI kat penang dulu, jenuh fikir, risau aje camne nk bawak diri kat penang nnt, jauh dari family, tak pernah langsung duduk penang, taktau selok belok penang. tp beranikan diri jugak pergi tempat baru. nasib baik ade teman dari ukm. ada fizah yg LI skali; duk meja sebelah2 n bnyk tolong masa otak tgh blurr mase buat keje. hehe. ada roomate dari ukm jugak, yana yg jadi roomate bilik jugak kat rumah sewa di penang. pergi n balik penang dgn dia. terima kasih bnyk2 pd diorang ni.

terima kasih jugak pd housemates sekalian. seronok dpt get along dgn diorang. masak sama2, tgk tv sama2, bersahur n berbuka puasa sama2, solat sama2. indah sgt ukhwah kte tu :'). kpd housemates tersyg farah, eton, yana, hani & nisa. terima kasih jugak pd internmates yg dirindui; ina, syud, yana, fizah yg semuanya org utagha. diorang ni la yg rajin bwk org perak ni jalan2 around penang. best sgt brkwn dgn diorang. mmg happy go lucky. hehe. tp yg paling best sbb dpt jumpe bff mase kmpk dulu, ain & shaz. diorang serius x berubah ! hehe. even after 3 tahun x jumpe.. SV kitorang, Dr Hasni pun sgt baik , sporting & caring. siap ajak kitorang g open house kat rumah die. n rajin sembang2 dgn kitorang sambil cerita pengalaman hidup dia. mmg sporting habis :)

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan LI kat penang. Bersyukur sgt Allah bg keselamatan, keselesaan & dikurniakan kawan2 yg baik2 hati semuanya. bersyukur sgt :))

#harap dpt jejak kaki kat penang lg :)


Monday, July 22, 2013

respect.

Assalamualaikum.. pejam celik pejam celik dah 13 Ramadhan hari ni. dah nak 2 minggu kte puasa kan. amacam pengalaman puasa kat penang? haa meh sini cheq nk habaq.. kat sini bangun sahur pukul 5 am. makan nasi n lauk yg beli kat bazaar rmdn. paling rajin pun kalo nak masak, msk telur or sardin or sup ayam or tomyam. tp skrg ni disebabkan kepenatan bekerja mbuatkan mood nk masak tu tenggelam timbul. so bile malas nk masak, just beli lauk je kat bazaar. waktu keje still sama, 8am-5pm.. lepas blk keje, terus g bazaar ramadan. nasib baik IPPT-bazaar ramadhan-rumah jaraknye dekat so jalan kaki je la petang2 tu. exercise sikit kan.. time berbuka puasa, dpt mkn sama2 dgn housemates smua. n lepas tu jalan g surau utk terawih sama2. mcm tu la rutin harian kat sini..  

ok. done with experience berpuasa kat tmpt baru. now nk citer something yg berunsur nasihat sikit. pernah dengar x, "Orang yang tidak berpuasa tidak boleh makan di HADAPAN org yg berpuasa" ? rasenya statement ni kena diperbetulkan sikit la.. sepatutnya kan camni "Orang yang tidak berpuasa tidak boleh makan BERHAMPIRAN dengan orang yang berpuasa". baru betul kan?? BERHAMPIRAN merangkumi kedudukan hadapan, belakang, kiri dan kanan orang yg berpuasa tu. kalau guna perkataan HADAPAN, maknanya just x boleh mkn depan org berpuasa tu je. kalau makan kat belakang or tepi org berpuasa tu kira boleh ? macam tu? tidakkkkk

nak tau x, rasanya semua orang tahu kot.. tak kira lah org yg x berpuasa tu makan kat belakang or tepi or kat mana2 kedudukan yg hampir dgn org berpuasa tu, even org brpuasa tu x nampak org tu makan blkg or tepi die, tp ingat la, org berpuasa tu still ada deria bau. die boleh hidu bau makanan yg dimakan oleh org yg x berpuasa tu. bau makanan tu pun dah boleh menggugat iman org yg berpuasa tu. kesian kan kat org yg berpuasa tu? so hormatlah org yg berpuasa tu. biar die tenang menjaga iman die supaya dapat bertahan sepanjang hari sampai wktu berbuka pose.

the conclusion is, sila hormat org yg berpuasa. cuma perlu makan jauh drpd org yg berpuasa je. x susah pun kan. :)




Thursday, July 11, 2013

jadi org utagha 2 bulan 2 minggu !

Assalamualaikum.. hari ni 2 Ramadan. Ramadan kali ni unik sikit. Perubahan tempat dan suasana. LI dalam Ramadan :) 

Suasana baru, housemates baru.

LI jauh merantau ke penang. IPPT USM kat kepala batas. kira mcm 2 jam lebih dari batu gajah. ramai yg tanya "Kenapa LI jauh sangat ?" ak just jawab "Saje nak jauh2 sikit, cari pengalaman,lagipun boleh jalan2 kat penang". hah. ada niat lain tu. niat nk melancong. haha. hari tu lepas habis final exam, sempat spend 4 hari je kat rumah. ahad tu terus bertolak ke penang. dan bermulalah LI kat sini. rumah sewa dgn IPPT ni dekat sgt. jalan kaki dlm 5-10 minit dah sampai. Duduk serumah 6 orang. Alhamdulillah, semua housemates baik2 n boleh get along well dengan diorang. 5 org UKM, seorang UMS. nak mention sikit nama2 housemates dekat sini : Yana, Eton, Nisa, Hani & Farah. hehe. masing2 riuh lagi2 bila tengok tv sama2 n masak sama2. hee. tv kitorang special ok. screen tv ni warna hitam putih. haha. bersyukur aje, drpd xde tv langsung kann..

Tempat kerja baru, kawan2 baru.

Masuk keje 8 AM - 5 PM. sv sangat baik. Dr Hasni. Dr ni mmg ada buat project bioinfo. so die bg la projek bioinfo. Project comparative genomics. jd tiap2 hari ak n fizah duduk depan pc yg besar ni buat analisis, baca jurnal n on9 fb. hehe. jd mcm rase buat FYP dulu la. kena bace jurnal yg mengantukkan n buat analisis2 bioinfo. ingatkan lepas habis buat tesis, boleh la berehat drpd bace jurnal2 tu. rupanya tidakkkk. kena menghadap lagi jurnal2 ni. huhu. kat sini jugak dapat kawan2 baru. labmate dari UIA; ina, syud & hafiz n yana dari UMS. Seronok  berkawan dgn diorang. ramah2 n ceria2 belaka. hee. seronok sembang2 bila dr takde pegi meeting or outstation. adeh. tapi bila dr ade, semua baikkkk je buat keje. haha. Dr hasni pun rajin tgk kitorang, tanya work progress. but overall mostly kena belajar sendiri. cari jurnal sendiri, download software sendiri n self learning. yela, nnt kalau kat real workplace pun, kena belajar sendiri jugak kan. banyak kali da rasa blurr2 tapi nasib baik fizah ada. boleh la blurr sama2. bayangkan kalo ak LI sorang2? blurr sorang2. oh no..

Homesick dah ke?

haha. name intan azlinda sering dikaitkan dgn gelaran "orang yg suka balik kg". kih2. lagi2 mase ukm dlu, tiap-tiap 2 minggu or 3 minggu mesti hati ni dah x tenteram dah. hati meronta2 bila tengok bas 6z yg g ktm ukm tu. hik2. dulu balik sorang pun tak kisah dah asalkan boleh balik. haha. mesti la rajin balik. nak menjenguk buah2 hati kat rumah. tapi sekarang ni dah jauh ke utagha. kalau nk blk naik public transport, kena naik bas dari kepala batas ke butterworth n dari sana naik bas balik ipoh n naik bas lagi dari ipoh balik batu gajah. tengok cam susah je nak balik kan? hee. setakat ni dah 3 minggu duk sini. hati masih tenteram. belum homesick lagi. rancang nak balik hujung bulan ni. harap2 mase tu kereta yana dah siap repair. naik kereta, rase sekejap je dah sampai. 


# Nanti kte update2 lagi ye. Next update nak citer pengalaman puasa kat sini. Salam Ramadan ! :D




Monday, June 17, 2013

bila urusan besar terlaksana

Assalamualaikum.. hari ni kan rasa bersyukur sangat. final exam dah habis. penat mengarang esei bioetika 2 jam setengah tadi. Alhamdulillah. berjalan lancar dah semua. utk final sem ni, ada 3 paper je. tadi kali terakhir tulis nama matrik kat kertas jawapan, rasa sedih pulak. 

untuk viva tesis hari tu pun, rasa bersyukur sangat urusanku dipermudahkan Allah. dapat present & jawab soalan yg diajukan penilai. walaupun jawapan yg diberikan tak sure betul ke tak, main jwab je apa yang terlintas di fikiran. hihi. malam b4 viva tu, mmg x boleh tido. sebab risau sgt dgn apa yg nk jadi esoknya. tangan pun sejuk semacam je. pada hari kejadian, turn sy 2nd last n ditetapkan pukul 11.50 am. tapi sy datang awal jugak sbb nak bagi semangat kat coursemates & nak tengok the real situation of viva. saat yang mendebarkan bila tengok supervisor kita sendiri datang tengok kita present. huu, sangat nervous. tp ok la, viva tesis ni memang pengalaman yg bagus dlm hidup. di mana kita present hasil kajian kita sendiri di depan pakar2 research. yg penting, kena yakin & faham betul2 dgn kajian kita tu. 

coursmates with lecturers
skrg tinggal beberapa hari je kat sini. kat za'ba. kat bilik ni. kat ukm. kat bangi ni. lepas ni, kena angkut semua barang n balik BG. hujung minggu ni dah kena bertolak ke penang. tiba masa utk selesaikan LI pulak. nnt pengalaman kat penang, kita cerita2 lagi kat sini ye. sy pasti akan merindui kwn2 semua, bilik ni, za'ba & UKM. even insyaAllah sy akan jejak kaki lg kat UKM ni utk further study, keadaan masa tu dah x sama macam skrg. kwn2 yg menemani masa tu nanti dah tak sama mcm skrg. sedih :"(




Thursday, June 13, 2013

cinta yang kau pilih

Cinta tu indah kan?
bak kata org yang angau, cinta tu best
sweet, bahagia, seronok
tapi kita pernah terfikir tak
macam mana kita mengendalikan cinta tu?
kita pernah terfikir tak cinta yg dibina tu atas dasar ape?
kita pernah tak letak Allah tu matlamat utama dlm kisah cinta tu?

sepatutnya kan
cinta yg dibina tu biar bermatlamatkan Allah
cinta tu memang lumrah
tapi bagaimana kita mengendalikan rasa cinta tu amat la penting
biar cinta kepada Allah mengatasi segalanya
insyaAllah kita takkan kecewa

cinta sejati tu cinta yg selalu mengingatkan kita pd Allah
bukan makin menjauhkan kita dari Allah
Allah pun sedih
sebab dah makin jauh dengan Dia
sebab mencintai manusia lebih drpd cintakan Dia
sebab lupa pd suruhanNya
sebab berani melakukan laranganNya

kita kena pandai fikir
kena pandai pilih
cinta yg anda rasa tu kendalikan la sebetulnya
kalau cinta manusia tu tiba2 terputus di tengah jalan macam mane?
masa tu baru nak menangis cari Allah balik?
malu lah pd Allah
wahai sahabat


# ni nasihat utk diri sendiri jugak. sama2 la kita saling menasihati :)

Thursday, May 16, 2013

penyakit malas datang

Assalamualaikum. dalam 2, 3 hari ni rasa rajin pulak nk tulis blog.. tulis tesis tak rajin pulak. adeh. semakin due date penghantaran tesis makin dekat, semakin menjadi-jadi penyakit malas dlm diri. amboi hipotesis. skrg ni ada beberapa jurnal lg kena hadam n masukkan dalam tesis. tesis yg telah diconteng oleh sv tu pun banyak kena betulkan. ada yang kena kemaskini balik. banyak keje sebenarnye. lagi2 skrg dah x bnyk kelas. tapi bila penyakit malas ni dtg, tangan dok menaip benda lain. bukak fb, tulis blog, tgk runningman. ishh3. don't try this at home. ni smue godaan syaitan ni. Astaghfirullahalazim. lawan balik ! lawan balik ! ckp dlm hati "Aku kena rajin. kena rajin ! Kalau x, siapa pulak nak siapkan tesis aku?! " Bila dah dpt semangat balik, bukak microsoft word, start tulis 1 perenggan ayat. it is a good start actually. ok la 1 perenggan drpd xde langsung kan? hihi

jurnal2 yg perlu dihadam
ohye. hari tu ramai org sibuk2 wish selamat hari ibu kat fb. sepatutnya everyday is a mothers day. betul gak kenyataan tu. everyday kte kena appreciate ibu kte. betul kan? kitorang adik beradik buat 1 video khas utk mak. dlm tu ada la ucapan2 sweet yg buat mak terharu. bersyukur sgt dpt ibu yg tabah n penyayang mcm mak. takde siapa dpt gantikan mak dlm kehidupan kami adik beradik. dia la mak, dia la ayah.

Ya Allah, kau panjangkan la umur ibuku, sihatkanlah tubuh badannya, ampunilah dosa-dosanya, berilah kebahagian yg melimpah kepadanya sebagai hadiah atas ketabahannya menempuh segala dugaanMu..Amin

khas buat mak

final semester..

Assalamualaikum. hai.. rasa kejap je kan. dah nak masuk 3 tahun kat UKM. rasa cam kejap je.. tinggal lagi sebulan je nk duduk kat sini. final exam habis 17 Jun. lepastu :

Bye2 UKM
Bye2 Zaba
Bye2 undegrad time
Bye2 coursemates
Bye2 kawan2

sedih pulak. tinggal lg sebulan je nk together2 dgn coursemates tersayang. lepas ni smua akan bwk haluan masing2. teringat time same2 dgn kwn2. waktu terkejar2 antara FTSM & FST masa 1st year n 2nd year dulu. masa tu jadual pack sgt. dah la dua2 fac jauh pulak tu. naik bas pulak tu. kenangan2. masa nk dkt exam, study group sama2. sambut birthday sama2. mkn pizza sama2. buat assignment sama2. I'll miss them very much. betul tak tipu.

half of them

skrg kan tgh busy betulkan tesis. even tesis 30 ms je, tp nk menyiapkan tu mmg perlukan effort yg bnyk n masa yg panjang. n expectation from my sv sgt la tinggi, so I must give my best. masa study week that is in the study week, akan ada VIVA or pembentangan tesis. Ya Allah, permudahkanlah urusanku hari tu. harap2 dapat bentang tesis dgn baik n lecturer2 yg menilai tu x tanya soalan pelik2. huhu

# I'll not miss UKM that much. because we will meet again soon. InsyaAllah :D

Wednesday, March 27, 2013

wedding lagi??

Assalamualaikum.. kali ni nk share another wedding story.. another? hehe. last year baru je dpt abg ipar n this year dapat lg sorang abg ipar ! yeah, anyah dah kahwin hari tu. n the most special was the nikah day fall on her 28th birthday. what a sweetest bday gift that she had this year. :`) n finally kakak-kakak sy dah kahwin. hehe. skrg tinggal 2 org kanak2 je dlm adik beradik kami. wahhh..

TQ kwn2 sbb sudi dtg kenduri :D
nk tau x moment paling best? masa pernikahan. masa tu smua org berkumpul, family n sedara mara n kwn2 tengok secara live penyatuan 2 hati mengikut islam iaitu akad. kan bila tengok video nikah org lain kan, msti bride tu nangis. n org kat sekeliling die pun nangis. sbb mase tu anak perempuan dah beralih tanggungjawab drpd parents kpd suami. tp mase akak2 sy kawen, sy x nampak pulak diorang nangis. hehe. maybe rase sebak dlm hati je kot. malu letteww nk nangis, padahal sedih bercampur gembira kan kan. hee. bile tanya mak, mak sedih x tengok diorang nikah. tgk la pastu mata mak berair. wah, sedih dah. rase mcm ask question at a wrong time pulak. then mak akan ckp "Alhamdulillah, selamat diorang nikah dah". hati mak mesti sedih, sedih bercampur gembira. sbb tgk anak perempuan dia dah sah menjadi seorang isteri.

pengantin baru
ok. skrg tanya diri sendiri. sy sedih x tengok akak2 sy nikah? emmmmm, xtau la nk ckp camne. tp mase pernikahan tu, mcm x rasa ape2, sbb dok excited tgk abg ipar nervous nk melafaz akad. kelakar pun ada mase tu. bile da selamat nikah, rasa cam seronok sbb dpt abg ipar, dpt family baru. hee. tp sebenarnye rase sedih tu ada jugak. bile kte busy2 tlg siapkan gift, bile kte busy2 buat bunga telur, bile kte tlg letak inai kat jari akak kte n bile tgk akak kte pergi meninggalkan rumah ikut husband die. haa, mase tu baru terdetik "eh, akak kte dah kawen da rupanya". huhu. mase tu proses adaptation akan berlaku. otak kte kne terime yg she's now has another responsibility, has another home, n not always with us anymore :`)

# abg ipar dah dpt 2 org dah. ok enough, skrg nak anak sedara pulak ! can't wait. hehe :D


Monday, February 18, 2013

cuti sem..

Assalamualaikum.. cuti sem habis akhirnya. sob2. sebulan je cuti. kejap kan? tp mmg enjoy sgt la duk lepak kat rumah. mmg rest habis. running man even da khatam semua episode pun sy dok ulang tengok lagi. hee. tp ade sikit2 analisis tesis kena buat, n sempat settle dlm sem break ni. tp kebanyakan aktiviti cuti bnyk dihabiskan dgn family n kwn2. mase ni la nk spend time dgn family n kwn2 skola yg dirindui. hihi. sempat gak g bercuti kat teluk batik dgn family. 2 hari 1 mlm je. oleh sbb sy agak kurang gemar dgn aktiviti berair(sbb x reti swimming), jalan2 shopping n tgk pantai je la. haha. shopping tu sebenarnye best.. hik2

ni 2nd hangout dgn geng
1st hangout dgn mai n lela
mereka masih kurus seperti dahulu *except me :(
khusyuk tgk gelagat org2 di tepi pantai. kih2

rase sedih sbb cuti dah habis. tp semangat jd kuat blk sbb sem ni last as undegrad kat UKM. rase cepat sungguh masa berlalu. berbaki 1 sem je lg nk habiskan tesis n spend time dgn coursemates. huhu. ramai org tanya "intan lepas habis degree nk buat ape?" sy pun jawab"hah, emm, x tau lg. nnt la pikir" haha. sesungguhnya amat sukar utk merancang masa depan. nnt la citer lg next entry.. 

Selamat start sem baru ! :D