Thursday, July 11, 2013

jadi org utagha 2 bulan 2 minggu !

Assalamualaikum.. hari ni 2 Ramadan. Ramadan kali ni unik sikit. Perubahan tempat dan suasana. LI dalam Ramadan :) 

Suasana baru, housemates baru.

LI jauh merantau ke penang. IPPT USM kat kepala batas. kira mcm 2 jam lebih dari batu gajah. ramai yg tanya "Kenapa LI jauh sangat ?" ak just jawab "Saje nak jauh2 sikit, cari pengalaman,lagipun boleh jalan2 kat penang". hah. ada niat lain tu. niat nk melancong. haha. hari tu lepas habis final exam, sempat spend 4 hari je kat rumah. ahad tu terus bertolak ke penang. dan bermulalah LI kat sini. rumah sewa dgn IPPT ni dekat sgt. jalan kaki dlm 5-10 minit dah sampai. Duduk serumah 6 orang. Alhamdulillah, semua housemates baik2 n boleh get along well dengan diorang. 5 org UKM, seorang UMS. nak mention sikit nama2 housemates dekat sini : Yana, Eton, Nisa, Hani & Farah. hehe. masing2 riuh lagi2 bila tengok tv sama2 n masak sama2. hee. tv kitorang special ok. screen tv ni warna hitam putih. haha. bersyukur aje, drpd xde tv langsung kann..

Tempat kerja baru, kawan2 baru.

Masuk keje 8 AM - 5 PM. sv sangat baik. Dr Hasni. Dr ni mmg ada buat project bioinfo. so die bg la projek bioinfo. Project comparative genomics. jd tiap2 hari ak n fizah duduk depan pc yg besar ni buat analisis, baca jurnal n on9 fb. hehe. jd mcm rase buat FYP dulu la. kena bace jurnal yg mengantukkan n buat analisis2 bioinfo. ingatkan lepas habis buat tesis, boleh la berehat drpd bace jurnal2 tu. rupanya tidakkkk. kena menghadap lagi jurnal2 ni. huhu. kat sini jugak dapat kawan2 baru. labmate dari UIA; ina, syud & hafiz n yana dari UMS. Seronok  berkawan dgn diorang. ramah2 n ceria2 belaka. hee. seronok sembang2 bila dr takde pegi meeting or outstation. adeh. tapi bila dr ade, semua baikkkk je buat keje. haha. Dr hasni pun rajin tgk kitorang, tanya work progress. but overall mostly kena belajar sendiri. cari jurnal sendiri, download software sendiri n self learning. yela, nnt kalau kat real workplace pun, kena belajar sendiri jugak kan. banyak kali da rasa blurr2 tapi nasib baik fizah ada. boleh la blurr sama2. bayangkan kalo ak LI sorang2? blurr sorang2. oh no..

Homesick dah ke?

haha. name intan azlinda sering dikaitkan dgn gelaran "orang yg suka balik kg". kih2. lagi2 mase ukm dlu, tiap-tiap 2 minggu or 3 minggu mesti hati ni dah x tenteram dah. hati meronta2 bila tengok bas 6z yg g ktm ukm tu. hik2. dulu balik sorang pun tak kisah dah asalkan boleh balik. haha. mesti la rajin balik. nak menjenguk buah2 hati kat rumah. tapi sekarang ni dah jauh ke utagha. kalau nk blk naik public transport, kena naik bas dari kepala batas ke butterworth n dari sana naik bas balik ipoh n naik bas lagi dari ipoh balik batu gajah. tengok cam susah je nak balik kan? hee. setakat ni dah 3 minggu duk sini. hati masih tenteram. belum homesick lagi. rancang nak balik hujung bulan ni. harap2 mase tu kereta yana dah siap repair. naik kereta, rase sekejap je dah sampai. 


# Nanti kte update2 lagi ye. Next update nak citer pengalaman puasa kat sini. Salam Ramadan ! :D




No comments:

Post a Comment