Saturday, May 26, 2012

nak balik. nak balik.

Assalamualaikum. ade lg seminggu je minggu kuliah. minggu terakhir ni dah x belajar dah, syllibus smua dah habis. yang tinggal skrg is assignment2 yg kena hantar, presentation projek n test. hari penting minggu depan is isnin n selasa. hari rabu tu khaskan utk hantar smua assignment. lps tu nak balik boleh??? (bunyi homesick).

nak balik. nak balik. nak balik. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami minggu depan. supaya boleh balik cepat ke rumahku syurgaku. Amin~

tp blk kejap je. sbb dah nk masuk study week. if duduk lama2 kat rumah, x study la jawabnye. hik2

really miss this little cat


Friday, May 25, 2012

3 days with family angkat :)

Assalamualaikum, salam hujung minggu.. kali ni nk citer pasal hujung minggu lepas. 18 May-20 May 2012.. sy join program anak angkat (BERSZA) kat Felda Gugusan Bera, Pahang. kitorang dibahagikan kpd 3 kelompok iaitu Felda Bera, Felda Tembangau n Kg Tradisi. sy n my partner, Zue masuk dlm kelompok Felda Bera.

Selepas majlis perasmian, kitorang diserahkan kepada keluarga angkat masing2. 1 keluarga angkat ambil 2 orang anak angkat. Nama mak angkat kitorang Hjh Jamilah. mase penyerahan anak angkat tu, mak angkat datang dengan anak die, intan. name kitorang same ! hehe. tp intan tu muda setahun. ok la, boleh wat geng.

masa penyerahan anak angkat
masa dah balik rumah, kitorang jumpa dengan ayah angkat, Hj Abd Kharni. family ni mmg sgt ramah dan baik. kitorang dilayan dgn sgt baik. makan pun kenyang. duduk 3 hari kat sana, mmg asyik kenyang je. rasenye xde masa pun rase lapar. huhu. mak angkat ktrg masak sedap tau. hee

ikan tilapia dlm kolah mandi
haa, 1 benda yg sy baru tau is kalau kat rumah kg yg ada kolah mandi, diorang biasa letak ikan dlm kolah tu. supaya kolah tu terjaga bersih drpd lumut, jentik2 n lain2 sbb ikan tu akan makan smue bende yg x sepatutnye. 1st time ternampak ikan tilapia dlm kolah tu, mmg agak terkejut la. hehe. mandi dgn ikan. but it is a nice experience. bila ingat balik aksi terkejut tgk ikan dlm kolah tu, rase nk gelak pulak. haha

hari sabtu mmg penuh dgn aktiviti. pagi tu kitorang jd fasilitator n urusetia utk program motivasi Form 5 SMK Bera Bandar 32. Student2 kat situ sgt happening n ceria. Masa program motivasi tu, ramai je yg mengantuk. tp bila aktiviti LDK berlangsung dgn akak2 n abg2 facilitator dari UKM, semua nmpk bersemangat n seronok.

tp ade sorang budak ni tanya sy soalan cepumas:

" Akak, akak ni umur berapa tahun? sy nampak macam budak darjah 5 je. "

Erk, terkedu sy kat situ. xtau nak marah or gembira. aiyo, dah besar cmni pun nmpk cam bdk skola rendah ke? ishh.

tp sy jawab dengan senyuman:

"Umur akak 21 dah dik. xpe la. maknenye akak nampak awet muda la"

Ambik ! budak tu pulak terkedu dengar sy masuk bakul angkat sendiri. haha

akak n abg facililtator with student SMK Bera Bandar 32
Malam tu pulak ada malam kebudayaan. budak2 UKM kena buat persembahan untuk menghiburkan family angkat n warga felda yg hadir malam tu. kitorang buat persembahan sketsa n nyanyi lagu nasyid "JALINAN". lps tu, sesi karaoke pulak. ada budak2 UKM n warga felda yg sporting nyanyi lagu n menghiburkan semua orang pd mlm tu.

nyanyi dgn senyuman :)
hari ahad ialah hari terakhir kitorang kat Felda Bera. sayu je hati nak tinggalkan family angkat. rase seronok je sepanjang 3 hari spend time dgn diorang. kitorang hadiahkan mak angkat n intan 2 kerongsang. mak angkat pulak hadiahkan kitorang 4 helai tudung. so sweeetttt. tp diharapkan pertalian n ukhwah yg terjalin x stop sampai situ je. diharapkan kitorang akan still keep in touch n if ade rezeki, nak pergi Felda Bera lg !! :)

syg mak angkat kitorang :)


Wednesday, May 16, 2012

Mak, Selamat Hari Guru !

Assalamualaikum.. today is 16 May. Happy Teachers Day. Teringat masa zaman sekolah dulu, berlumba2 dgn kawan, bagi hadiah kat cikgu. Bagi bunga rose, frame gambar. hehe. n disebabkan sy ni anak cikgu, mak dpt bnyk hadiah masa hari guru, waktu tu la paling best sbb dapat bukak hadiah yg bnyk2 tu. hehe. Semakin kita  membesar n meningkat usia, baru kita tahu hadiah yg paling berharga utk seorang guru ialah kejayaan anak muridnya n bukannnya hadiah2 mahal yg mereka dapat. Mulianya kerjaya sbg seorang guru.

Terima kasih bnyk2 kpd semua cikgu2 dan pensyarah2 yg dah bnyk berjasa :

1) SK Seri Kelebang,Chemor                                               Darjah 1-Darjah 5
2) SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah                     Darjah 6
3) SMK St Bernadettes Convent, Batu Gajah                       Form 1-Form 5
4) Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng                                      2009/2010
5) Universiti Kebangsaan Malaysia                                        2010-2013

n x lupe juge kpd cikgu Pusat Memandu, Mr lee. Terime kasih, sy dah pandai bwk kereta skrg. hehe

Ucapan khas ditujukan kpd my beloved mom, one and only SHARIFAH SHAHIATUL ALUIYAH. Beliau ialah seorang guru di sekolah dan memainkan peranan sebagai seorang ibu dan ayah di rumah. She is my mom and also my dad.
comelkan mak sy :)
Walaupun mak tak pernah ajar intan kat sekolah, tapi mak ialah guru No 1 dalam hati n hidup intan. Mak ajar erti kehidupan, ketabahan n kuatkan semangat intan untuk teruskan hidup walaupun apa jua dugaan dan kehilangan yg kita alami. Terima Kasih sbb jd Perunding Motivasi yg terbaik, Cikgu Memasak yg sporting dan Cikgu Memandu yg suke marah bile intan bwk kereta laju2. hehe. sayangggggg mak..



Monday, May 7, 2012

nice weekend with beloved ones.

Assalamualaikum ! last weekend was a really nice weekend. where I had spend 3 days with my beloved family. jumaat lepas, sy blk BG together with my kak yong n abg long. naik ETS. tp ade pengalaman menarik mase tu. abg long cakap "kita naik free je. x payah tiket".. ok.. sy n kak yong pun angguk2 je la. pilot train(org yg bwk train dipanggil pilot train juge ke?? haha. boleh la tu), haa, pilot train hari tu sebenarnye abang kpd abg long. means that the pilot is bro-in-law of my kak yong. dia sangat berbaik hati sbb bagi kitorang naik ETS free hari tu. tapi memandangkan ETS agak penuh, kitorang kena duduk dekat koc depan sekali that is tempat pilot train tu operate train tu. haha. best. 1st time dpt duduk depan skali dlm train. ade tengok2 jugak camne sebenarnye bwk train. nampak cam senang je. kih2. but it was a nice experience. half way dekat tg malim, kitorang dpt duduk koc biasa sbb ade kekosongan. ade passenger yg pandang kitorang pelik je. sbb dpt naik special koc kot. hehe



actually tujuan 1 family berkumpul last weekend sbb ade majlis keluarga sikit di rumah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. n hopefully majlis seterusnya akan berjalan dgn lancar juge. Amin.

Yg pasti ini bukan jari intan azlinda. hehe
kepada yg dirisik hari tu, tahniah2. Alhamdulillah semua ok. makan pun kenyang. get ready la utk majlis seterusnya,insyaAllah. Ya Allah, jika benar mereka berdua ini sudah dijanjikan bersama, satukan la mereka dgn selamat, semoga mereka dapat menerima kelebihan dan kekurangan diri masing2 seadanya. Amin. Next new call in our family will be "Abang Ngah !".. coming soon.. 

...............



interview !

Assalamualaikum ! hari ni nak citer experience. pengalaman di interview. sem ni ambik english subject. subjek ni banyak communication tasks. hari tu kena buat sketsa. kena la berlakon. kali ni interview pulak. macam real nak cari kerja. kena cari job advertisement, buat resume, cover letter n lastly kena attend interview. but kita di interview by english lecturer jugak. interview tu all in english, kena speaking laa..actually malam b4 interview tu, ada lah buat preparation sikit2. browse kat internet popular questions masa job interview. jadi soalan2 tu cuba sesuaikan dengan jawapan kita sendiri.

kelas english ni kat ftsm. b4 tu ada kelas kat fst. so kena la naik bas g ftsm. masa tu hujan mmg lebat sangat. siap dengan guruh + kilat lagi. pakai payung pun still basah jugak. huhu. pakai baju kurung pulak tu. kain mmg basah la. siap boleh perah lg. hihi. air bertakung dalam kasut. tapi gagahkan diri jugak dgn fizah masa tu g kelas. dugaan la interview masa hujan lebat. masa real interview nk cari keja nnt, harap2 x kebasahan mcm ni. huhu



tp Alhamdulillah la semua berjalan lancar. lecturer tu pun baik, ramah n suka ketawa. so x de la rasa stress n x takut sgt. interview tu berjalan dlm 10 minit. macam2 soalan jugak dia tanya :-

1) Can you tell me about yourself?
2) Can you tell me your experience during internship?
3) Why do you think we should hire you as our staff?
4) What is your weakness?
5) What do you think about teamwork?
6) What if another company calling you for interview?



lebih kurang macam tu la soalannya. jawab je la apa yang ada di fikiran masa tu. konklusinya, happy sebab dapat pengalaman baru hari ni. nanti bila nk interview betul2 cari kerja nnt, boleh la ingat balik experience ni. tp harap2 x hujan lebat masa tu. hehe. yg penting, masa interview is keyakinan diri. kita kena nampak yakin depan majikan supaya majikan pun yakin nak ambik kte bekerja under company die. cewah.. hehe. :))