Monday, September 30, 2013

Penjaga hati.

Hati.
Hati manusia ni sensitif.
Sangat sensitif.
Kalau terluka, lama nak sembuh.
Ubat mujarab nk mengubati hati ada 3.
Solat, Zikir, Doa

Hati bercerita.
Dulu tuan punya hati tak pandai menjaga hatinya sendiri.
Tuan punya hati jatuh cinta.
Dia serahkan hatinya bulat2 pd manusia.
Manusia tu tak menghargai.
Manusia tu sakitkan hati tu.
Manusia tu tinggalkan je hati yg kesakitan tu.

Tuan punya hati kutip balik hati dia.
Dia suburkan dgn solat, zikir & doa.
Tuan punya hati cantum balik hati tu jd sempurna balik.
Hati tu jd cantik & nampak baru.
Tuan punya hati rasa takut.
Takut kalau hati tu akan jatuh sakit macam dulu.
Sakit yg ambik masa lama utk sembuh.

Tuan punya hati bagi hati tu pd yg berhak.
Tuan punya hati bg hati tu pd ALLAH.
sbb dia percaya hati tu akan selamat dalam jagaan Allah.
Supaya hati tu takkan hancur berkecai lagi.
Biar Allah yg jaga.

Bila tiba saat manusia yg tepat datang nak menuntut hati tu.
Jangan tuntut pada tuan punya hati.
Pergi tuntut pd Allah.
kerana Allah la penjaga hati.


Sunday, September 8, 2013

penang's memories.

Assalamualaikum. skrg kan rase best sgt. sbb akhirnye bercutiiiiiii !! yeah. best sgt duduk rumah. rumahku syurgaku. yela, mase bulan 6 hari tu lps habis final exam x sempat cuti lama2 pun. terus pegi penang LI. skrg dah habis LI. dah blk perak. dah tinggalkan penang yg bnyk memori. 

penang kan cheq nk habaq kan, mmg sgt best. kalau nk pegi melancong dlm malaysia ni, penang should be on the top list la. sbb penang bnyk tempat menarik & makanan yg sedap2. sepanjang 2 bulan lebih kat penang pun x sempat nk round semua tempat. hopefully dapat pergi lg. insyaAllah family trip pulak..

even kat penang, perak tetap dihati :)
pemandangan dari atas penang hill
dpt jumpe blk bff kmpk ! ain & shaz
masjid kapitan keling
nasi briani kapitan
nak naik feri lagiiii
jamuan hari raya
tandoori nan cheese
pasemboq
jambatan penang
internmates yg dirindui :')
bergambar dgn sv masa last day
cenderahati dari ippt usm

LI kat penang ni even just 2 bulan 2 minggu, tp penangan kenangan tu mmg bnyk sgt. bnyk ilmu baru, pengalaman baru, kawan2 baru yg kte dapat sepanjang tempoh yg singkat ni.. segala kenangan manis tu akan disimpan dlm hati & fikiran sampai bila2. syg sgt kenangan kat penang ni. bnyk sgt kenangan indah dgn kwn2 semua. harap dapat jumpa diorang lg ! insyaAllah :D

Masa decide nk LI kat penang dulu, jenuh fikir, risau aje camne nk bawak diri kat penang nnt, jauh dari family, tak pernah langsung duduk penang, taktau selok belok penang. tp beranikan diri jugak pergi tempat baru. nasib baik ade teman dari ukm. ada fizah yg LI skali; duk meja sebelah2 n bnyk tolong masa otak tgh blurr mase buat keje. hehe. ada roomate dari ukm jugak, yana yg jadi roomate bilik jugak kat rumah sewa di penang. pergi n balik penang dgn dia. terima kasih bnyk2 pd diorang ni.

terima kasih jugak pd housemates sekalian. seronok dpt get along dgn diorang. masak sama2, tgk tv sama2, bersahur n berbuka puasa sama2, solat sama2. indah sgt ukhwah kte tu :'). kpd housemates tersyg farah, eton, yana, hani & nisa. terima kasih jugak pd internmates yg dirindui; ina, syud, yana, fizah yg semuanya org utagha. diorang ni la yg rajin bwk org perak ni jalan2 around penang. best sgt brkwn dgn diorang. mmg happy go lucky. hehe. tp yg paling best sbb dpt jumpe bff mase kmpk dulu, ain & shaz. diorang serius x berubah ! hehe. even after 3 tahun x jumpe.. SV kitorang, Dr Hasni pun sgt baik , sporting & caring. siap ajak kitorang g open house kat rumah die. n rajin sembang2 dgn kitorang sambil cerita pengalaman hidup dia. mmg sporting habis :)

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan LI kat penang. Bersyukur sgt Allah bg keselamatan, keselesaan & dikurniakan kawan2 yg baik2 hati semuanya. bersyukur sgt :))

#harap dpt jejak kaki kat penang lg :)