Tuesday, December 18, 2012

aik, cepatnye

Assalamualaikum. pejam celik, dah minggu akhir kuliah da. next week da study week.. pastu dah final exam. final exam kali ni ade 3 subject je. start 2 januari n dipisahkan gap slame 2 minggu. huhu. harap2 x buat perkara lagha lg slame 2 minggu gap tu, cam sem lepas. hee

even minggu akhir, sepatutnye smue da bersorak gembira. ade yg da siap blk rumah sbb dah xde kelas. yela, silibus dah habis. utk yg rajin tu, ade yg da stat study utk final exam. wahhhh. best la kalau cmtu. tp kitorang x dpt la cmtu. huhu. minggu akhir ni la paling stress skali. minggu ni ade 2 presentation n 3 assignment nk kne submit. mampu bisik dlm hati je supaya kuat bertahan smpe hjung minggu ni. pastu nk balik umah. da sebulan x blk ni. homesick dtg dah =.=

sem ni rase cepat je habis. masing2 busy dgn assignment, dgn tesis lg. xpe la. nikmati la zaman belajar. nnt dah habis, rindu pulak.

rase nak pegi melancong. yg betul2 melancong.
gambar kat atas ni bukan melancong pun. singgah makan kat PD je. hua2


Thursday, November 29, 2012

i'll not break.




lately..

Assalamualaikum blog. lame x update. kali ni update gambar je la. dalam gambar ade cerita :)

ni smue muka kenyang lps mkn pizza :)

konvo senior. ok, nk konvo jugak !

sorang model payung, sorang model kfc, sorang lg model beg. hee

spageti bolognese buatan sendiri
 letak cili bnyk2 pastu nangis sorang2 mase makan -.-

burger bakar abg burn
lokasi : sg ramal food court, kajang

HB rumetku yana :)

#Disember is coming :)


Tuesday, October 16, 2012

hard time.



tesis oh tesis. tesis membuatkan hidup jd huru hara, tahap stress jd sgt maksimum, hidup jadi sangat busy, sampai terlupa da makan ke belum, sampai terlupa sahkan pendaftaran kursus, kena baca banyak jurnal, jurnal yg susah difahami, kalau baca jurnal ni senang faham macam baca novel kan best,  sampai termimpi2 baca jurnal, kne buat presentation dpn supervisor tiap2 minggu, sedih lps kena tegur dgn supervisor, sedih sbb diri sendiri belum cuba sedaya upaya utk memahami tajuk tesis sendiri, sedih sekejap, bangun n kuat semangat balik lepastu, sbb fikir hanya aku sendiri yg mampu utk mengubah segalanya, nobody will do it for me, there's only me, me, yg kena usaha sendiri menghabiskan final year project ni dgn sukses, bile fikir Allah n family kat rumah, semangat datang balik, i'm trying my best to do the best, this is only the beginning. try to be strong.

*luahanperasaanorangyangstressbuattesis.

Sunday, September 23, 2012

21.

Assalamualaikum. agak lambat entry ni di update. huhu. ni disebabkan kesibukan yg melanda di permulaan semester. 2 minggu lepas, 13 september, was my birthday. i'm 21 already. oleh sebab 13 september jatuh pd hari khamis dan pd hari jumaat tiada kelas dan cuti pd hari sabtu, ahad n isnin, maka keputusan diambil utk pulang ke kg halaman. 5 hari kat batu gajah oww. hehe. mase tu pulang ke rumah dgn badan yg x sihat. demam sikit. tp Alhamdulillah selamat sampai rumah n disambut dgn senyuman family kat rumah. n disambut dgn kek black forest yg sgt sedap. *TQ anyah sbb belikan kek.hehe* sesudah potong kek, trus makan ubat selsema n terus tidur sampai esok pagi. what an interesting birthday this year. huhu


thanks 4 all the wishes from family and friends either by phone or fb. azam n harapan utk umur 21 tahun ni tak lain n tak bukan nk jd manusia yg lebih baik. nak jadi org yg lebih kuat semangat. nk produce tesis yg bagus. nak abiskan final year kat ukm ni dgn baik. nak kuruskan badan sikit. haha. berat da makin naik ok. huhu. Age is just a number. maturity itu penting. betul kan?


Maturity is the ability to think, speak and act your feelings within the bounds of dignity. The measure of your maturity is how spiritual you become during the midst of your frustrations. 
          Samuel Ullman 



Friday, September 7, 2012

Syawal's experience

Assalamualaikum. Salam syawal 1433h.. Selamat hari raya, maaf zahir batin. raya tahun ni best, sbb dpt beraya dgn family, sedara mara n beloved friends. hari raya is one of the chance for us to strenghten our ukhwah, right? here are some photos that were captured during my hari raya :)

green siblings

location : bota kanan, perak

beraya rumah azeatul :)
kami model fipper. haha
location : aeon, station 18
ex-convent girls. hee
nice hat



semester break will come to the end. i'll go back to UKM this sunday. sob2. 3rd year begins. final year begins. *excited*    
bye!


Friday, August 17, 2012

pengalaman Ramadhan 1433h..

Assalamualaikum. Salam 28 Ramadhan. pejam celik, dah nak berakhir dah ramadan tahun ni. harap2 kita dapat berjumpa lagi dengan ramadan tahun depan, insyaAllah. amacam pengalaman ramadan korang kali ni? ada yg berpuasa kat rumah, ada yg berpuasa jauh di perantauan. kan2. tahun ni sy menghabiskan bnyk masa berpuasa di UKM. sbb buat shortsem. sahur, berbuka puasa n berterawih dgn kawan2, jauh dari family. dengar cam sedih je kan, tp sebenarnye dpt 1 pengalaman yg menarik kali ni..

sy bersahur just mkn nasi + serunding daging + sos cili + air milo. lauk org bujang. huhu. tp Alhamdulillah, atas nikmat sahur yg sederhana ni dpt bertahan sampai waktu berbuka puasa.  minggu pertama puasa, kitorang beli makanan kat bazaar ramadhan setiap hari. bazaar ramadhan kat seksyen 16, Bangi tu mmg best. bnyk pilihan. tp duit pun bnyk mengalir jugak bila pergi bazaar ni.
PENGAJARAN: jangan membazir, beli ikut keperluan bukan ikut nafsu ! :))

start je minggu kedua n ketiga ramadhan, kitorang berbuka puasa kat masjid UKM, masjid Al-Hasanah,Bangi n Masjid Putra, Putrajaya. Nikmat dapat berbuka puasa kat masjid ni lain rasanya. rasa best dpt makan ramai2 n rasa lebih tenang sbb lps berbuka puasa, terus stay kat masjid sampai habis terawih. Masjid yang berbeza, berbeza jugak la cara diorang serve juadah berbuka ni. Kat masjid UKM, cara penghidangan dlm talam, jd boleh mkn 4 org dlm 1 talam. pengalaman baru dpt mkn ramai2 dlm 1 talam, dpt eratkan silaturrahim gitu. Kat Masjid Al-Hasanah, Bangi, cara penghidangannya nasi n kuih dah siap dipacking dlm polystrene. Masjid Putra pulak cara hidangannya dgn cara bufet.

Iftar Masjid Putra

Iftar Masjid UKM

iftar Masjid Putra with seniors

geng shortsem



Sekian dulu pengalaman ramadhan kali ni. Selamat hari raya ! :))



Thursday, July 19, 2012

lunch treat before ramadhan

Assalamualaikum. jom countdown ! lg 2 hari dah nak start bulan ramadhan. excited :)

hari ni lecturer kitorang, Dr azrul baik hati belanja KFC. hehe. ni antara lecturer yg baik ktrg pernah jumpa. mmg sporting. semoga murah rezeki ye sir ! Dr Azrul baru dpt title Dr. tp dia still nk ktrg panggil die sir. hehe. tp x semue coursemates ade masa ni. yg buat shortsem je la. sy, fizah, alyaa, hakim, fauzi n redha..

all of us
please smile intan :)

# excited nak pergi terawih esok. insyaAllah :))

Wednesday, July 18, 2012

lambat lagi la..

Assalamualaikum. Alhamdulillah, shortsem berjalan dgn baik. kelas hari selasa n khamis je. tp berderet drpd pukul 11am-4pm.. ade gap 1 hour utk lunch n solat zohor. ape yg dibuat hari2 lain?? mestilah dihabiskan dgn  tgk cerita korea ( latest drama = Big ), ber fb, buat assignment, jalan2 dgn fizah miza n eton, senamrobik, main squash, main futsal.. futsal is a new activity for me. haha. as I play it with my seniors lately n it was fun ! but I prefer playing squash more than futsal. hehe

last week all my family members gathered at home. it was my kak nyah's Engagement Day. Finally she got enganged with abg F. Alhamdulillah everything went well that day. Ramai sedara mara datang. n my fren, Adilah was coming to0. my sis weared pink baju kurung with pink scarfs that day. Alhamdulillah she's wearing hijab now. I'm very happy for her n hopefully she will be istiqamah with her hijrah. Amin.

farisha,alia,dilah,anyah n me
my favret hantaran. ni coklat tau. sedap n cantik!
TQ cik dilah memeriahkan mjlis :)
i'm smiling brightly.
 the date of her marriage day is not decided yet. insyaAllah we will get a new family member next year.

lepas majlis selesai, my family n sedara mara duduk santai2 sambil bersembang. opah sedara tetibe mengusik camni :

"Ayong lepas dah. anyah pun dah bertunang. lepas ni giliran anak dara no 3 la pulak"

sy dengar ni sambil garu2 kepala. alaaa, dah start la ni time nak ngusik2.. main jawab je la..

"alaaa, lambat lagi intan ni. muda lagi laaaa"

betul la muda. baru 21 tahun tau. skrg still makan aiskrim paddle pop lg tau. zaman budak2 rase x habis lg.

"ishh3, muda apenye.. boleh ikat dulu.."

aduhh. ah sudah. ikat ape ni. ikat rambut?ikat buah? buat2 x faham. nak suruh bertunang jugak la tu. relakkk dulluuu. carikan la calon . ade??

" krikk. krikk. krikk. bunyi cengkerik. sy terdiam sambil buat senyum kambing =.= "
cantik bunga 
jawapan penuh kpd sape2 yg duk sakat2 lepas ni turn sy pulak bertunang/kahwin. this is my answer:

Biar sy mencintai diri sy sepenuhnya dulu, biar diri sy terdidik sepenuhnya utk taat mencintai Allah n Rasul, menjadi wanita solehah, menjadi anak yg mampu membalas jasa emak yg mendidik sy dari kecil tanpa suaminya di sisi, menjadi manusia yg berilmu, menjadi gadis yg bijak dlm ilmu rumahtangga dan menjadi gadis yg mampu berdiri sendiri di atas kakinya sendiri, menjadi gadis yg tabah n kuat even terjatuh bnyk kali. tq for those dugaan becoz i'm getting stronger day by day.

###  for my lovely sis, congrats for your engagement !



Sunday, July 1, 2012

berpindah.

Assalamualaikum ! Alhamdulillah final exam dah habis.. dah habis dah 2 tahun kat ukm. taun depan dah final year.. cepat kan masa berlalu. thesis oh thesis.. huhu

ramai dah yg blk kg utk cuti sem. cuti 2 bulan. best kan? tp sy x cuti. sob2. sbb ambik shortsem. ambik 2 subjek n kelas pun x bnyk.. bak kata senior, shortsem sgt relakss.. tu yg best tu.. citer korea dah bnyk dah ambik kat kawan. tunggu nk tgk je.. tp at least kena ade perancangan lain jugak ni utk shortsem. supaya x la rase buang masa sgt kan.. nnt boleh difikirkan =.=

hari jumaat n sabtu iaitu kelmarin n semalam ialah hari yg sgt memenatkan. penat berpindah. hari jumaat tu alyaa tolong pindah barang kat kolej amin. then sy simpan barang dlm stor zaba n terus check out.. hari sabtu tu check in bilik baru kat kolej amin.. x sangka barang bnyk sgt. huhu

barang2 letak dlm stor

cuci bilik baru
oleh sbb bilik baru ni habuknye tebal, sy n rumet baru, mizah telah 'membasuh' bilik ni. hehe. siap beli ambi pur lagi nk bg bilik ni wangi. lama jugak la kitorang gotong royong smlm. cuci kipas, sapu n lap lantai, lap almari.. tp hasilnya sgt memberangsangkan ! baru la selesa..

# selamat bercuti bagi yg sedang bercuti. selamat ber shortsem bg yg buat shortsem =.=


Saturday, June 23, 2012

gap exam 10 hari.

Assalamualaikum. skrg ramai yg dah abis exam kan? seronoknyeee.. sy x habis lg. ade lg 3 paper next week. skrg tgh gap 10 hari. lame x gap 10 hari?????

bila ckp kitorang ade gap 10 hari, mesti org2 semua ckp
" wahh, lamanye gap.. boleh study cukup2 "
buah anggur RM5 beli kat pasar malam

study la sgtttt.. sepanjang 10 hari, ade la jugak buat revision utk tiga2 subjek ni, tp x complete lg. rasenye waktu relaks lg bnyk. mcm dah habis exam pulak kan ! tula.. siapa suruh buat gap sampai 10 hari?? haha. marah org yg buat jadual exam tu pulak..

aktiviti sepanjang 10 hari :

- tengok citer korea [ dah habis dah tgk citer korea "Love Rain" ]
- main game "Supercow" (da bnyk kali habis dah main game ni tp dok ulang2 main lg.ish3)
- keluar g mines. (rujuk perenggan di bawah)
- main makeup2 dgn yana n huda. (haha,main conteng2 muka)
- g pasar malam ( x bosan2 lg mkn ayam uncle bob )
- waktu tidur yg agak panjang (ishhhh3)
- study, buat note warna warni, pastu ngantuk terus bukak fb (ishhhh3)


hari isnin 18 jun hari tu, sy n yana melilau ke the mines. ktrg g beli barang je kat Giant n Daiso. barang2 dapur bnyk dah habis. hehe. pastu makan2 jap kat sana. mkn "Hot n Roll" n "Tutti Frutti".. pastu bwk blk bekalan KFC. bnyk duit habis digunakan utk makan je. ktrg pegi tengahari n blk UKM petang. bila la dpt hang out dgn mai n syafiqah. diorang kat UPM. next sem. next sem. hehe


ambik sikit camni pun dah rm 6 tau. fuhh

barang2 dapur. hee


bila dah nak habis gap 10 hari ni, baru la agak menyesal. sbb masa utk study tidak diperuntukkan dgn betul. hehe. tp x la sampai x study langsung. study jugak sambil leka buat bende lain. ishhh3. next sem tolong la jangan buat gap lama2 camni !! please2. =.=


# intan. tlg sambung balik study intro bioinfo. dah dah jangan leka dah =.=



Saturday, June 9, 2012

hari ni saya malas.

Assalamualaikum.. hai. malam ni sy malas study. dari td kat note ara operon. x gerak2 ni. cari additional info kat internet, last2 scroll2 fb n download citer korea kat youtube. ishh ! don't try this at home. tq~

memandangkan exam dah dekat, sy nk wish SELAMAT BERJAYA kpd semua kawan2 yg dikasihi. dedikasi pertama ditujukan kpd coursemates tersayang yg tgh struggle study kat bilik masing2 di UKM bangi (macam dedikasi kat radio pulak), semoga korang semua kuat semangat utk study n buat elok2 mase exam tau ! kite berjuang same2 sampai 29 jun nnt ye !

teman seperjuangan
ucapan kedua dedikasikan kepada roomate tersayang, yana. selamat berjuang ! good luck ye. nnt yana balik awal, bestttt laaa.. awal sehari je. hehe. kpd cepah jugak, good luck ye. selamat berperang bersame yana dlm dewan exam nnt ! hehe. nnt kte pegi pasar malam beli ayam uncle bob lg eh. hik2

mase dinner
ucapan ketiga ditujukan kpd kawan2 sekolah yg sentiasa diingati.. bnyk sgt ni nk wish. hehe.

kpd MAI kat UPM, best of luck ye mai !

kpd NASUHA kat uitm shah alam, jgn tension2 ye cikgu :)

kpd LELA kat uitm sri iskandar, good luck exam lela aspalela ! 

kpd SYAFIQAH kat UPM, nnt lepas exam kte jumpe tau, rase cam setahun dah x jumpe kamu !

kpd AZEATUL kat ipgm perlis, stay cute n pink ye cikgu ! practice2 bwk kete, nnt leh jalan2. hee

kpd cik DILAH kat UTM johor, nnt kte jumpe gosip2 panjang2 k !

n kpd semua kwn2 sekolah yg lain, good luck exam la eh. senarai kat atas ni smue kwn rapat. rindu diorang. sob3

mase sy kawen. eh tak tak, akak kawen.hee
dedikasi seterusnye kpd besties kat KMPk.. ain n shaz.. diorang dah start exam dah. ain kat UMT, shaz kat UMS.. teruskan perjuangan ye korang. kitorang ade plan wat reunion nnt. x sabar nk jumpa diorang. rinduuu. nearly 3 years x jumpa.. huhu

rindunyee
good luck exam ye korang ! love-intan azlinda-

# rase nak rebus note ara operon ni. huk =.=




Friday, June 8, 2012

today's quote.

                                                                              
the memories are what warm you up inside, but they can also easily tear you apart
                                                                              

Thursday, June 7, 2012

Bercuti dlm study week.

Assalamualaikum, salam study week. hehe. pejam celik dah nak hujung minggu dah. banyak ke yg dah di study? oh no, don't ask. kih2. I had spend half of my study week with my family at home. mmg susah la nk study. macam cuti sem pulak kan. sedangkan tgh study week. hehe.

hari jumaat lepas, my mum n my little sis dtg KL. diorang kan tgh cuti sekolah. they spend 3 days 2 nights kat rumah ayong which is in Ampang. n i'm there to0 for the last weekend. hari jumaat, lepas depe sampai, kitorang terus g suria KLCC. sbb office ayong n abg long just near the KLCC. so sementara nk tunggu waktu office habis, kitorang pun berjalan2 la kat suria klcc tu. nak masuk petrosains, tp tiket sold out. sedihnye. last2 jalan2 kat kinokuniya. kedai buku yg besar kat klcc tu. sampai boleh sesat2 dlm tu. hihi. tp x beli buku apa2 pun. jimat money..

lepastu kitorang pergi cari surau sbb masa pun dah pukul 3pm. surau dia betul2 aras bawah sekali n hujung sekali. tapi nasib baik selesa n besar surau die. cermin die besar sgt, puas bile nak pakai tudung balik n bedak2 after solat kan. lepastu kitorang just jalan2 kat aras bwh je la memandangkan mak dah mula sakit kaki lenguh berjalan. at last, kitorang beli aiskrim. nk tau x harga die brp? jeng3.. RM 18.. haa ! tapi sedap sggttttt.. mmg bukan rasa aiskrim biasa. tp mmg sedap la ! beli 1 je n share 3 org.. nama kedai die Loco Gelato.

org2 yg menikmati aiskrim yg sedap
ni dia !
malam tu setelah penat berjalan, kitorang g mkn steamboat pulak. mkn kat are Ampang jugak. utk adult kena bayar RM22. tp sy mkn x bnyk pun. huhu. rasa cam mkn RM5 je. so, if nk g mkn steamboat, pastikan anda betul2 lapar supaya boleh makan bnyk. n baru lah rasa RM22 tu berbaloi dibayar. hik2

kekenyangan
hari sabtu tu kitorang just jalan2 kat jalan tar n g sogo. surau kat sogo x best. lokasinya betul2 kat tempat parking kereta bwh tanah. agak panas n sesak dlm surau tu. harap2 la keadaan tu diperbaiki supaya org ramai selesa nk solat kat situ. 

on sunday, sy ikut mak n alia blk BG. duduk rumah sampai hari rabu je. rabu balik UKM balik. kalau duduk lama2, tak tau la nk jawab apa masa exam nnt. hehe

  

Saturday, May 26, 2012

nak balik. nak balik.

Assalamualaikum. ade lg seminggu je minggu kuliah. minggu terakhir ni dah x belajar dah, syllibus smua dah habis. yang tinggal skrg is assignment2 yg kena hantar, presentation projek n test. hari penting minggu depan is isnin n selasa. hari rabu tu khaskan utk hantar smua assignment. lps tu nak balik boleh??? (bunyi homesick).

nak balik. nak balik. nak balik. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami minggu depan. supaya boleh balik cepat ke rumahku syurgaku. Amin~

tp blk kejap je. sbb dah nk masuk study week. if duduk lama2 kat rumah, x study la jawabnye. hik2

really miss this little cat


Friday, May 25, 2012

3 days with family angkat :)

Assalamualaikum, salam hujung minggu.. kali ni nk citer pasal hujung minggu lepas. 18 May-20 May 2012.. sy join program anak angkat (BERSZA) kat Felda Gugusan Bera, Pahang. kitorang dibahagikan kpd 3 kelompok iaitu Felda Bera, Felda Tembangau n Kg Tradisi. sy n my partner, Zue masuk dlm kelompok Felda Bera.

Selepas majlis perasmian, kitorang diserahkan kepada keluarga angkat masing2. 1 keluarga angkat ambil 2 orang anak angkat. Nama mak angkat kitorang Hjh Jamilah. mase penyerahan anak angkat tu, mak angkat datang dengan anak die, intan. name kitorang same ! hehe. tp intan tu muda setahun. ok la, boleh wat geng.

masa penyerahan anak angkat
masa dah balik rumah, kitorang jumpa dengan ayah angkat, Hj Abd Kharni. family ni mmg sgt ramah dan baik. kitorang dilayan dgn sgt baik. makan pun kenyang. duduk 3 hari kat sana, mmg asyik kenyang je. rasenye xde masa pun rase lapar. huhu. mak angkat ktrg masak sedap tau. hee

ikan tilapia dlm kolah mandi
haa, 1 benda yg sy baru tau is kalau kat rumah kg yg ada kolah mandi, diorang biasa letak ikan dlm kolah tu. supaya kolah tu terjaga bersih drpd lumut, jentik2 n lain2 sbb ikan tu akan makan smue bende yg x sepatutnye. 1st time ternampak ikan tilapia dlm kolah tu, mmg agak terkejut la. hehe. mandi dgn ikan. but it is a nice experience. bila ingat balik aksi terkejut tgk ikan dlm kolah tu, rase nk gelak pulak. haha

hari sabtu mmg penuh dgn aktiviti. pagi tu kitorang jd fasilitator n urusetia utk program motivasi Form 5 SMK Bera Bandar 32. Student2 kat situ sgt happening n ceria. Masa program motivasi tu, ramai je yg mengantuk. tp bila aktiviti LDK berlangsung dgn akak2 n abg2 facilitator dari UKM, semua nmpk bersemangat n seronok.

tp ade sorang budak ni tanya sy soalan cepumas:

" Akak, akak ni umur berapa tahun? sy nampak macam budak darjah 5 je. "

Erk, terkedu sy kat situ. xtau nak marah or gembira. aiyo, dah besar cmni pun nmpk cam bdk skola rendah ke? ishh.

tp sy jawab dengan senyuman:

"Umur akak 21 dah dik. xpe la. maknenye akak nampak awet muda la"

Ambik ! budak tu pulak terkedu dengar sy masuk bakul angkat sendiri. haha

akak n abg facililtator with student SMK Bera Bandar 32
Malam tu pulak ada malam kebudayaan. budak2 UKM kena buat persembahan untuk menghiburkan family angkat n warga felda yg hadir malam tu. kitorang buat persembahan sketsa n nyanyi lagu nasyid "JALINAN". lps tu, sesi karaoke pulak. ada budak2 UKM n warga felda yg sporting nyanyi lagu n menghiburkan semua orang pd mlm tu.

nyanyi dgn senyuman :)
hari ahad ialah hari terakhir kitorang kat Felda Bera. sayu je hati nak tinggalkan family angkat. rase seronok je sepanjang 3 hari spend time dgn diorang. kitorang hadiahkan mak angkat n intan 2 kerongsang. mak angkat pulak hadiahkan kitorang 4 helai tudung. so sweeetttt. tp diharapkan pertalian n ukhwah yg terjalin x stop sampai situ je. diharapkan kitorang akan still keep in touch n if ade rezeki, nak pergi Felda Bera lg !! :)

syg mak angkat kitorang :)


Wednesday, May 16, 2012

Mak, Selamat Hari Guru !

Assalamualaikum.. today is 16 May. Happy Teachers Day. Teringat masa zaman sekolah dulu, berlumba2 dgn kawan, bagi hadiah kat cikgu. Bagi bunga rose, frame gambar. hehe. n disebabkan sy ni anak cikgu, mak dpt bnyk hadiah masa hari guru, waktu tu la paling best sbb dapat bukak hadiah yg bnyk2 tu. hehe. Semakin kita  membesar n meningkat usia, baru kita tahu hadiah yg paling berharga utk seorang guru ialah kejayaan anak muridnya n bukannnya hadiah2 mahal yg mereka dapat. Mulianya kerjaya sbg seorang guru.

Terima kasih bnyk2 kpd semua cikgu2 dan pensyarah2 yg dah bnyk berjasa :

1) SK Seri Kelebang,Chemor                                               Darjah 1-Darjah 5
2) SK Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah                     Darjah 6
3) SMK St Bernadettes Convent, Batu Gajah                       Form 1-Form 5
4) Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng                                      2009/2010
5) Universiti Kebangsaan Malaysia                                        2010-2013

n x lupe juge kpd cikgu Pusat Memandu, Mr lee. Terime kasih, sy dah pandai bwk kereta skrg. hehe

Ucapan khas ditujukan kpd my beloved mom, one and only SHARIFAH SHAHIATUL ALUIYAH. Beliau ialah seorang guru di sekolah dan memainkan peranan sebagai seorang ibu dan ayah di rumah. She is my mom and also my dad.
comelkan mak sy :)
Walaupun mak tak pernah ajar intan kat sekolah, tapi mak ialah guru No 1 dalam hati n hidup intan. Mak ajar erti kehidupan, ketabahan n kuatkan semangat intan untuk teruskan hidup walaupun apa jua dugaan dan kehilangan yg kita alami. Terima Kasih sbb jd Perunding Motivasi yg terbaik, Cikgu Memasak yg sporting dan Cikgu Memandu yg suke marah bile intan bwk kereta laju2. hehe. sayangggggg mak..



Monday, May 7, 2012

nice weekend with beloved ones.

Assalamualaikum ! last weekend was a really nice weekend. where I had spend 3 days with my beloved family. jumaat lepas, sy blk BG together with my kak yong n abg long. naik ETS. tp ade pengalaman menarik mase tu. abg long cakap "kita naik free je. x payah tiket".. ok.. sy n kak yong pun angguk2 je la. pilot train(org yg bwk train dipanggil pilot train juge ke?? haha. boleh la tu), haa, pilot train hari tu sebenarnye abang kpd abg long. means that the pilot is bro-in-law of my kak yong. dia sangat berbaik hati sbb bagi kitorang naik ETS free hari tu. tapi memandangkan ETS agak penuh, kitorang kena duduk dekat koc depan sekali that is tempat pilot train tu operate train tu. haha. best. 1st time dpt duduk depan skali dlm train. ade tengok2 jugak camne sebenarnye bwk train. nampak cam senang je. kih2. but it was a nice experience. half way dekat tg malim, kitorang dpt duduk koc biasa sbb ade kekosongan. ade passenger yg pandang kitorang pelik je. sbb dpt naik special koc kot. hehe



actually tujuan 1 family berkumpul last weekend sbb ade majlis keluarga sikit di rumah. Alhamdulillah semua berjalan lancar. n hopefully majlis seterusnya akan berjalan dgn lancar juge. Amin.

Yg pasti ini bukan jari intan azlinda. hehe
kepada yg dirisik hari tu, tahniah2. Alhamdulillah semua ok. makan pun kenyang. get ready la utk majlis seterusnya,insyaAllah. Ya Allah, jika benar mereka berdua ini sudah dijanjikan bersama, satukan la mereka dgn selamat, semoga mereka dapat menerima kelebihan dan kekurangan diri masing2 seadanya. Amin. Next new call in our family will be "Abang Ngah !".. coming soon.. 

...............