Thursday, August 7, 2014

waktu

Time flies fast.

1st semester done

Ye, semangat still turun naik

I've 3 sem's to go, InsyaAllah

Mungkin ni bukan jalan yg aku betul2 nak

Tapi aku yakin Allah lebih tahu apa yg terbaik utk aku

I'll still walk on this rod until the end

Itu je yg terpahat dlm otak & hati

Aku kena habiskan study

Kena habiskan research

Dengan segala kudrat & usaha

Aku nak grad on time

Nak cepat grad ! 

Tolong la intan

Tolong diri kau sendiri



Thursday, June 19, 2014

Junior

Cerita 9 bulan lalu.. September 2013..

9 bulan lalu, bila dapat tahu dari SV yg aku kena guide student2 undergrad, mmg bercampur baur perasaan masa tu. yela, masa tu baru nak start jd RA. mmg fresh graduate la mase tu. Prof ckp student2 master die yg lain semua nk grad, so xde siape nk handle bdk2 undergrad ni. so aku kena take the responsibility. aku anggap itu 1 amanah la. aku fikir positif je masa tu. aku harap dpt bantu diorang sebaik mungkin & aku pun dapat belajar jugak something drpd project diorang. apa yg aku takut is aku x dapat guide diorang dgn betul or diorang x faham ape yg aku ajar. hua2

So before aku guide diorang ni, aku kena training dulu seminggu dengan sorang akak senior ni. Procedure2 wetlab tu mmg boleh dikatakan baru utk aku, sbb x pernah buat b4 ni. cycle sequencing semua tu. belajar dlm mase seminggu & then kena ajar bdk2 tu pulak. nervous x? hehe. masa training tu, aku try absorb bnyk ilmu dari akak senior tu. even she's a bit strict to me :') mase tu pun dah start stress & rase nk balik rumah dah! haha. maybe akak tu angin dgn aku sbb mase tu aku mmg da lame x masuk wetlab. haa rasakan! tp mase tu aku dah tanam dlm hati, aku xmau strict or garang sgt dgn junior2 aku nnt. I know how it feels. 

Then bertemu jugak la aku dengan 4 org junior tu. seorang tu bdk asasi pintar UKM. sebaya dgn adik aku sendiri. so mmg boleh treat mcm adik la kan. lg 3 org tu student undergrad UKM. 2 org muda setahun & sorang chinese tu sebaya! haha. semua cute2 je & boleh get along well dgn diorang. diorang pun bg kerjasama yg baik. bile aku suruh dtg lab, diorang dtg. xde yg ponteng. yg tersilap masa dtg lab tu ade. alahai lawak. Mase progress presentation, SV banyak komen pasal result. Mase tu aku belajar bnyk jugak. 

Sekarang Jun 2014, diorang dah siap FYP dgn jayanya. dah viva & jilid tesis. rasa tumpang gembira & lega. lega dpt tolong diorang even x sehebat mana ilmu aku. aku pun baru belajar & I learnt a lot from them. 


yey nampak sebaya semua. hee


Utk Areen, Afiah, Sue Kim & Ash,

Semoga berjaya kat luar nnt!

Wednesday, May 14, 2014

jgn give up

Semangat naik turun lagi

Dah 7 bulan kat sini

Aku x boleh give up 

Demi diri aku sendiri & orang di sekeliling aku

Aku nak habiskan apa yang dah aku mulakan

Ya Allah

Tolong kuatkan semangat aku

Monday, January 6, 2014

lambat update.

Assalamualaikum. pejam celik pejam celik dah 2014 dah. mcm x pecaye je umur tahun ni dah 23. so mcm mana life skrg? bnyk bende yg jadi lps aku grad bln 10 hari tu. alamak lupa nk update cerita konvo. 2, 3 bulan ni mmg hidup agak huru hara sikit. hua2. Tarikh 29 Oktober 2013 tu la hari bahagia kitorang. lps 3 tahun berhempas pulas dgn kelas, assignment, exam, tesis, viva; akhirnya beban tu semua berbaloi dgn segulung ijazah. Alhamdulillah.. Seronok konvo, rasa nk naik pentas lg sekali. hehe. Tp sedih jugak sbb family x semua yg dtg. Yelah, selasa kan mmg bukan hari cuti. Ada mak & ayong je. Thanks jugak dkt Mai & bodyguard yg dtg dari UPM to share my happiness that day :')

dlm DECTAR

ni gmbr half of us after convo. with Dr Firdaus
Mai, thanks dtg. nnt km konvo insyaAllah kte serang UPM pulak! 
Bila dah konvo kan, seriously semua coursemate terpisah. aku & fizah je x terpisah. siap jd roomate lg skrg. yg lain semua dah ada hidup masing2. Kdg2 bila ternampak junior2 pegi kelas, teringat zaman dulu. Pengalaman kena tinggal bas tu masih segar di ingatan. haha. rasa mase tu hmmmpphh pahit betul. lg2 bila dah terlambat msk kelas. Seriously rindu zaman kuliah. Rindu coursemates semua ! Korang, bila nk reunion?


Saturday, October 5, 2013

Semangat turun naik.

Dalam hidup ni kan
Tiap2 hari kte kena buat pilihan
Bezanya ada 2 je
Samada kesannya BAIK atau BURUK
Bila sampai 1 masa kan
Kita kena buat keputusan utk masa depan kita
Kita berpikir & berpikir
Kita buat 1 pilihan
Kita rasa pilihan tu lah yg terbaik

Bila kita dah ada atas jalan yg kita rasa terbaik tu
Tiba2 ada dugaan yg datang
Dugaan yg buat kita rasa downnn
Dugaan yg buat kita rasa mcm looser
Dugaan yg hampir2 buat kita give up
Kita mula berpikir balik
Samada betul ke keputusan yg kita dah buat tu
Keputusan yg kita rasa terbaik tu

Even semangat downn kan
Mcm ada 1 side dlm diri kita yg push kita bangun balik
Semangat yg menyedapkan hati kita blk
Ini baru permulaan
Bak kata org, permulaan tu selalunya susah
Masih awal utk give up
Masih panjang lagi perjalanan yg kena ditempuh
Tiba2 otak rewind balik saat2 masa buat keputusan besar tu
Keluar balik reasons kenapa kita buat 1 pilihan tu

Kalau kita rasa itu pilihan terbaik kita
Terus kuat semangat
Betulkan niat
Usaha lebih
Allah akan bantu, InsyaAllah

Semangat naik mendadak balik
Maybe 1 hari nnt, semangat akan down balik
Semangat turun naik
Semoga hati kuat



Monday, September 30, 2013

Penjaga hati.

Hati.
Hati manusia ni sensitif.
Sangat sensitif.
Kalau terluka, lama nak sembuh.
Ubat mujarab nk mengubati hati ada 3.
Solat, Zikir, Doa

Hati bercerita.
Dulu tuan punya hati tak pandai menjaga hatinya sendiri.
Tuan punya hati jatuh cinta.
Dia serahkan hatinya bulat2 pd manusia.
Manusia tu tak menghargai.
Manusia tu sakitkan hati tu.
Manusia tu tinggalkan je hati yg kesakitan tu.

Tuan punya hati kutip balik hati dia.
Dia suburkan dgn solat, zikir & doa.
Tuan punya hati cantum balik hati tu jd sempurna balik.
Hati tu jd cantik & nampak baru.
Tuan punya hati rasa takut.
Takut kalau hati tu akan jatuh sakit macam dulu.
Sakit yg ambik masa lama utk sembuh.

Tuan punya hati bagi hati tu pd yg berhak.
Tuan punya hati bg hati tu pd ALLAH.
sbb dia percaya hati tu akan selamat dalam jagaan Allah.
Supaya hati tu takkan hancur berkecai lagi.
Biar Allah yg jaga.

Bila tiba saat manusia yg tepat datang nak menuntut hati tu.
Jangan tuntut pada tuan punya hati.
Pergi tuntut pd Allah.
kerana Allah la penjaga hati.


Sunday, September 8, 2013

penang's memories.

Assalamualaikum. skrg kan rase best sgt. sbb akhirnye bercutiiiiiii !! yeah. best sgt duduk rumah. rumahku syurgaku. yela, mase bulan 6 hari tu lps habis final exam x sempat cuti lama2 pun. terus pegi penang LI. skrg dah habis LI. dah blk perak. dah tinggalkan penang yg bnyk memori. 

penang kan cheq nk habaq kan, mmg sgt best. kalau nk pegi melancong dlm malaysia ni, penang should be on the top list la. sbb penang bnyk tempat menarik & makanan yg sedap2. sepanjang 2 bulan lebih kat penang pun x sempat nk round semua tempat. hopefully dapat pergi lg. insyaAllah family trip pulak..

even kat penang, perak tetap dihati :)
pemandangan dari atas penang hill
dpt jumpe blk bff kmpk ! ain & shaz
masjid kapitan keling
nasi briani kapitan
nak naik feri lagiiii
jamuan hari raya
tandoori nan cheese
pasemboq
jambatan penang
internmates yg dirindui :')
bergambar dgn sv masa last day
cenderahati dari ippt usm

LI kat penang ni even just 2 bulan 2 minggu, tp penangan kenangan tu mmg bnyk sgt. bnyk ilmu baru, pengalaman baru, kawan2 baru yg kte dapat sepanjang tempoh yg singkat ni.. segala kenangan manis tu akan disimpan dlm hati & fikiran sampai bila2. syg sgt kenangan kat penang ni. bnyk sgt kenangan indah dgn kwn2 semua. harap dapat jumpa diorang lg ! insyaAllah :D

Masa decide nk LI kat penang dulu, jenuh fikir, risau aje camne nk bawak diri kat penang nnt, jauh dari family, tak pernah langsung duduk penang, taktau selok belok penang. tp beranikan diri jugak pergi tempat baru. nasib baik ade teman dari ukm. ada fizah yg LI skali; duk meja sebelah2 n bnyk tolong masa otak tgh blurr mase buat keje. hehe. ada roomate dari ukm jugak, yana yg jadi roomate bilik jugak kat rumah sewa di penang. pergi n balik penang dgn dia. terima kasih bnyk2 pd diorang ni.

terima kasih jugak pd housemates sekalian. seronok dpt get along dgn diorang. masak sama2, tgk tv sama2, bersahur n berbuka puasa sama2, solat sama2. indah sgt ukhwah kte tu :'). kpd housemates tersyg farah, eton, yana, hani & nisa. terima kasih jugak pd internmates yg dirindui; ina, syud, yana, fizah yg semuanya org utagha. diorang ni la yg rajin bwk org perak ni jalan2 around penang. best sgt brkwn dgn diorang. mmg happy go lucky. hehe. tp yg paling best sbb dpt jumpe bff mase kmpk dulu, ain & shaz. diorang serius x berubah ! hehe. even after 3 tahun x jumpe.. SV kitorang, Dr Hasni pun sgt baik , sporting & caring. siap ajak kitorang g open house kat rumah die. n rajin sembang2 dgn kitorang sambil cerita pengalaman hidup dia. mmg sporting habis :)

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan LI kat penang. Bersyukur sgt Allah bg keselamatan, keselesaan & dikurniakan kawan2 yg baik2 hati semuanya. bersyukur sgt :))

#harap dpt jejak kaki kat penang lg :)