Monday, September 30, 2013

Penjaga hati.

Hati.
Hati manusia ni sensitif.
Sangat sensitif.
Kalau terluka, lama nak sembuh.
Ubat mujarab nk mengubati hati ada 3.
Solat, Zikir, Doa

Hati bercerita.
Dulu tuan punya hati tak pandai menjaga hatinya sendiri.
Tuan punya hati jatuh cinta.
Dia serahkan hatinya bulat2 pd manusia.
Manusia tu tak menghargai.
Manusia tu sakitkan hati tu.
Manusia tu tinggalkan je hati yg kesakitan tu.

Tuan punya hati kutip balik hati dia.
Dia suburkan dgn solat, zikir & doa.
Tuan punya hati cantum balik hati tu jd sempurna balik.
Hati tu jd cantik & nampak baru.
Tuan punya hati rasa takut.
Takut kalau hati tu akan jatuh sakit macam dulu.
Sakit yg ambik masa lama utk sembuh.

Tuan punya hati bagi hati tu pd yg berhak.
Tuan punya hati bg hati tu pd ALLAH.
sbb dia percaya hati tu akan selamat dalam jagaan Allah.
Supaya hati tu takkan hancur berkecai lagi.
Biar Allah yg jaga.

Bila tiba saat manusia yg tepat datang nak menuntut hati tu.
Jangan tuntut pada tuan punya hati.
Pergi tuntut pd Allah.
kerana Allah la penjaga hati.


1 comment: