Friday, May 25, 2012

3 days with family angkat :)

Assalamualaikum, salam hujung minggu.. kali ni nk citer pasal hujung minggu lepas. 18 May-20 May 2012.. sy join program anak angkat (BERSZA) kat Felda Gugusan Bera, Pahang. kitorang dibahagikan kpd 3 kelompok iaitu Felda Bera, Felda Tembangau n Kg Tradisi. sy n my partner, Zue masuk dlm kelompok Felda Bera.

Selepas majlis perasmian, kitorang diserahkan kepada keluarga angkat masing2. 1 keluarga angkat ambil 2 orang anak angkat. Nama mak angkat kitorang Hjh Jamilah. mase penyerahan anak angkat tu, mak angkat datang dengan anak die, intan. name kitorang same ! hehe. tp intan tu muda setahun. ok la, boleh wat geng.

masa penyerahan anak angkat
masa dah balik rumah, kitorang jumpa dengan ayah angkat, Hj Abd Kharni. family ni mmg sgt ramah dan baik. kitorang dilayan dgn sgt baik. makan pun kenyang. duduk 3 hari kat sana, mmg asyik kenyang je. rasenye xde masa pun rase lapar. huhu. mak angkat ktrg masak sedap tau. hee

ikan tilapia dlm kolah mandi
haa, 1 benda yg sy baru tau is kalau kat rumah kg yg ada kolah mandi, diorang biasa letak ikan dlm kolah tu. supaya kolah tu terjaga bersih drpd lumut, jentik2 n lain2 sbb ikan tu akan makan smue bende yg x sepatutnye. 1st time ternampak ikan tilapia dlm kolah tu, mmg agak terkejut la. hehe. mandi dgn ikan. but it is a nice experience. bila ingat balik aksi terkejut tgk ikan dlm kolah tu, rase nk gelak pulak. haha

hari sabtu mmg penuh dgn aktiviti. pagi tu kitorang jd fasilitator n urusetia utk program motivasi Form 5 SMK Bera Bandar 32. Student2 kat situ sgt happening n ceria. Masa program motivasi tu, ramai je yg mengantuk. tp bila aktiviti LDK berlangsung dgn akak2 n abg2 facilitator dari UKM, semua nmpk bersemangat n seronok.

tp ade sorang budak ni tanya sy soalan cepumas:

" Akak, akak ni umur berapa tahun? sy nampak macam budak darjah 5 je. "

Erk, terkedu sy kat situ. xtau nak marah or gembira. aiyo, dah besar cmni pun nmpk cam bdk skola rendah ke? ishh.

tp sy jawab dengan senyuman:

"Umur akak 21 dah dik. xpe la. maknenye akak nampak awet muda la"

Ambik ! budak tu pulak terkedu dengar sy masuk bakul angkat sendiri. haha

akak n abg facililtator with student SMK Bera Bandar 32
Malam tu pulak ada malam kebudayaan. budak2 UKM kena buat persembahan untuk menghiburkan family angkat n warga felda yg hadir malam tu. kitorang buat persembahan sketsa n nyanyi lagu nasyid "JALINAN". lps tu, sesi karaoke pulak. ada budak2 UKM n warga felda yg sporting nyanyi lagu n menghiburkan semua orang pd mlm tu.

nyanyi dgn senyuman :)
hari ahad ialah hari terakhir kitorang kat Felda Bera. sayu je hati nak tinggalkan family angkat. rase seronok je sepanjang 3 hari spend time dgn diorang. kitorang hadiahkan mak angkat n intan 2 kerongsang. mak angkat pulak hadiahkan kitorang 4 helai tudung. so sweeetttt. tp diharapkan pertalian n ukhwah yg terjalin x stop sampai situ je. diharapkan kitorang akan still keep in touch n if ade rezeki, nak pergi Felda Bera lg !! :)

syg mak angkat kitorang :)


3 comments:

  1. bestnye! kite teringin nk pegi aktiviti camni :"D

    ReplyDelete
  2. best2.. nnt if ade aktiviti opkim cmni kat upm, leh la join.. x rugi, best g tempat org :)

    ReplyDelete
  3. ermm, intan 2 mmbr rpat kta la.. ptt la cm pnah tgk je bla bca blog ni.. felda yg awk stay 2 nme die felda sebertak.. lain kli dtg la lgi k..

    ReplyDelete