Friday, September 16, 2011

semut.. kecik2 cili api..

Assalamualaikum semue. hari ni khamis. ade 2 kelas je hari ni. pagi td kls biochem, ptg td kls biometri. oleh sebab gap antara 2 kelas ni panjang sgt, sy sempat basuh baju n tid0 dulu kat bilik. hehe. lg 1/2 jam nk naik bas, baru bangun tid0. g siap2 n makan ckit. then hari cam nk ujan. angin kuat, guruh berdentum. mase tu da pukul 4.30 da. mmg da time naik bas da. tp memikirkan baju2 still bersidai kat ampaian n kemungkinan hujan turun, sy pun bergegas la g angkat baju semue. pastu cepat turun g bustop. mmg tepat2 je bas dtg, sy pun berlari2 ( dah le pakai baju kurung arini ), pastu alangkah hampanya rasa bile bas tu berlalu cmtu je. x sempat nk naik! huk. sy terlepas bas! nape la pakcik bas tu x tunggu sy. sedih2. perasaan kne tinggal bas mmg x best langsung. so kne la tunggu bas pukul 5 (kelas stat pukul 5) hehe. pastu da selamat naik bas, smpai kat fst, hujan turun lebat pulak. wlpn ade payung, kain n kasut basah jugak. akhirnye smpai gak kelas. naseb bek lecturer tu pun baru sampe. kesimpulannye sy mengalami dugaan yg agak getir jugak arini. hik2

sediakan payung b4 hujan!
tajuk kat atas x de kne mengena langsung dgn citer kat ats. saje je nk citer kisah kne tinggal dgn bas hari ni. hik2. ok. skrg baru nk citer pasal semut. td lecturer biometri ade citer pasal semut. itu wat sy kagum dgn serangga yg comel ni. jom kte share cerite pasal semut yea =.=


KASTA SEMUT.
1) RATU - Ratu semut boleh hidup sehingga 20 tahun. Peranan utama ratu ialah bertelur utk meneruskan generasi hidupnya. Saiz ratu semut lebih besar drpd yg lain.

2) SEMUT JANTAN - Semut jantan ialah semut yg paling buncit. Peranan utamanya ialah menjadi pasangan kpd ratu utk meneruskan generasi keturunan mereka. Semut jantan akan mati beberapa hari slps mereka menyelesaikan tugas mereka.

3) ASKAR SEMUT - Peranan askar semut sgt la penting. Mereka la yg bertungkus lumus mencari makanan, memperbaiki sarang, menguruskan ratu.

4) TENTERA SEMUT - Mereka memiliki kepala besar yg berotot. Peranan utama mereka ialah mempertahankan sarang.



CAMNE SEMUT BERKOMUNIKASI EH?
- semut berkomunikasi jarak dekat melalui antena manakala feromon digunakan utk berkomunikasi dlm pelbagai keadaan. Feromon digunakan semasa mencari makanan, menjelajah luar kawasan n ketika bertempur. Feromon juga digunakan utk menanda laluan. sbb tu kte tgk semut selalu berjalan sebaris je kan. Ketika bertempur, feromon juga dirembeskan utk memberi isyarat kpd semut2 lain utk dtg membantu. hebat kan?


KENAPA SEMUT BERHENTI SEKEJAP APABILA BERTEMU DGN SEMUT YG LAIN?
- Mereka sebenarnye sedang berkomunikasi. Dipercayai zat kimia drpd makanan n musuh terlekat pd semut itu. ketika bertemu, zat kima ini akan menyentuh semut yg lain utk memberitahu di lingkungannya ade makanan atau musuh.


sy kagum dgn cara kehidupan semut. walaupun mereka serangga yg kecik, tapi itu bukan dijadikan alasan utk mereka tidak teruskan hidup. Mereka hidup saling bekerjasama mencari bekalan makanan, menjaga tempat tinggal, menjaga ratu bg meneruskan generasi hidup mereka. kehidupan mereka sgt sistematik. agaknya msti x wujud semut yg malas kan? sbb semua semut rajin berusaha walaupun ade yg sakit n mati. kte as manusia boleh amik semut ni sebagai contoh. semut pun ade disebut dlm Al-Quran. kecik2 cili api..!


Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).


[Surah Al- An'am ayat 38]

No comments:

Post a Comment