Wednesday, May 4, 2011

hati

H A T I
Rasulullah SAW bersabda;
“Bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada seketul daging, sekiranya baik daging tersebut maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging tersebut maka rosaklah seluruh tubuh, daging tersebut ialah hati”
(Riwayat Bukhari dan muslim)

Ada apa dengan hati??
Hati mendorong manusia melakukan sesuatu kebaikan atau keburukan
Kebaikan yang dilakukannya oleh manusia adalah kerana hati dan rohaninya baik
kejahatan yang dilakukannya pula adalah kerana hati dan jiwanya telah rosak dan sakit

penyakit hati ni berpunca drpd terpedaya dgn hasutan syaitan

Penyakit hati ni bahaye tau,,
nk tau simptom2nye?

1) Membanggakan Diri (al-'ujub)

2) Terpedaya dengan perasaan sendiri (al-ghurur)

3) Sombong atau Bongkak (at-takabbur)

4) Suka Menunjuk-nunjuk (al-riya')

5) Buruk sangka (su'al-zhann)

6) Kikir / Bakhil (al-syuhh)

7) Dendam (al-hiqd)



tapi penyakit hati ni leh dirawat tau
nk tau caranya??
1) Banyakkan mengingati Allah dgn berzikir
2) Memperbanyakkan solat sunat
3) Membaca Al-Quran dgn memahami maksudnya
4) Jaga makanan supaya ia dtg dari sumber yg halal
5) Menjaga hubungan baik sesama manusia
6) Sentiasa redha dgn ketentuan Allah
7) Menghadiri majlis ilmu & berdamping dgn
org soleh-solehah
8) Mengosongkan perut atau berpuasa

Rasulullah s.a.w pernah bersabda maksudnya:

"Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi."

Lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: "Membaca al-Quran dan mengingati mati." 

Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.


No comments:

Post a Comment