Monday, June 17, 2013

bila urusan besar terlaksana

Assalamualaikum.. hari ni kan rasa bersyukur sangat. final exam dah habis. penat mengarang esei bioetika 2 jam setengah tadi. Alhamdulillah. berjalan lancar dah semua. utk final sem ni, ada 3 paper je. tadi kali terakhir tulis nama matrik kat kertas jawapan, rasa sedih pulak. 

untuk viva tesis hari tu pun, rasa bersyukur sangat urusanku dipermudahkan Allah. dapat present & jawab soalan yg diajukan penilai. walaupun jawapan yg diberikan tak sure betul ke tak, main jwab je apa yang terlintas di fikiran. hihi. malam b4 viva tu, mmg x boleh tido. sebab risau sgt dgn apa yg nk jadi esoknya. tangan pun sejuk semacam je. pada hari kejadian, turn sy 2nd last n ditetapkan pukul 11.50 am. tapi sy datang awal jugak sbb nak bagi semangat kat coursemates & nak tengok the real situation of viva. saat yang mendebarkan bila tengok supervisor kita sendiri datang tengok kita present. huu, sangat nervous. tp ok la, viva tesis ni memang pengalaman yg bagus dlm hidup. di mana kita present hasil kajian kita sendiri di depan pakar2 research. yg penting, kena yakin & faham betul2 dgn kajian kita tu. 

coursmates with lecturers
skrg tinggal beberapa hari je kat sini. kat za'ba. kat bilik ni. kat ukm. kat bangi ni. lepas ni, kena angkut semua barang n balik BG. hujung minggu ni dah kena bertolak ke penang. tiba masa utk selesaikan LI pulak. nnt pengalaman kat penang, kita cerita2 lagi kat sini ye. sy pasti akan merindui kwn2 semua, bilik ni, za'ba & UKM. even insyaAllah sy akan jejak kaki lg kat UKM ni utk further study, keadaan masa tu dah x sama macam skrg. kwn2 yg menemani masa tu nanti dah tak sama mcm skrg. sedih :"(




Thursday, June 13, 2013

cinta yang kau pilih

Cinta tu indah kan?
bak kata org yang angau, cinta tu best
sweet, bahagia, seronok
tapi kita pernah terfikir tak
macam mana kita mengendalikan cinta tu?
kita pernah terfikir tak cinta yg dibina tu atas dasar ape?
kita pernah tak letak Allah tu matlamat utama dlm kisah cinta tu?

sepatutnya kan
cinta yg dibina tu biar bermatlamatkan Allah
cinta tu memang lumrah
tapi bagaimana kita mengendalikan rasa cinta tu amat la penting
biar cinta kepada Allah mengatasi segalanya
insyaAllah kita takkan kecewa

cinta sejati tu cinta yg selalu mengingatkan kita pd Allah
bukan makin menjauhkan kita dari Allah
Allah pun sedih
sebab dah makin jauh dengan Dia
sebab mencintai manusia lebih drpd cintakan Dia
sebab lupa pd suruhanNya
sebab berani melakukan laranganNya

kita kena pandai fikir
kena pandai pilih
cinta yg anda rasa tu kendalikan la sebetulnya
kalau cinta manusia tu tiba2 terputus di tengah jalan macam mane?
masa tu baru nak menangis cari Allah balik?
malu lah pd Allah
wahai sahabat


# ni nasihat utk diri sendiri jugak. sama2 la kita saling menasihati :)

Thursday, May 16, 2013

penyakit malas datang

Assalamualaikum. dalam 2, 3 hari ni rasa rajin pulak nk tulis blog.. tulis tesis tak rajin pulak. adeh. semakin due date penghantaran tesis makin dekat, semakin menjadi-jadi penyakit malas dlm diri. amboi hipotesis. skrg ni ada beberapa jurnal lg kena hadam n masukkan dalam tesis. tesis yg telah diconteng oleh sv tu pun banyak kena betulkan. ada yang kena kemaskini balik. banyak keje sebenarnye. lagi2 skrg dah x bnyk kelas. tapi bila penyakit malas ni dtg, tangan dok menaip benda lain. bukak fb, tulis blog, tgk runningman. ishh3. don't try this at home. ni smue godaan syaitan ni. Astaghfirullahalazim. lawan balik ! lawan balik ! ckp dlm hati "Aku kena rajin. kena rajin ! Kalau x, siapa pulak nak siapkan tesis aku?! " Bila dah dpt semangat balik, bukak microsoft word, start tulis 1 perenggan ayat. it is a good start actually. ok la 1 perenggan drpd xde langsung kan? hihi

jurnal2 yg perlu dihadam
ohye. hari tu ramai org sibuk2 wish selamat hari ibu kat fb. sepatutnya everyday is a mothers day. betul gak kenyataan tu. everyday kte kena appreciate ibu kte. betul kan? kitorang adik beradik buat 1 video khas utk mak. dlm tu ada la ucapan2 sweet yg buat mak terharu. bersyukur sgt dpt ibu yg tabah n penyayang mcm mak. takde siapa dpt gantikan mak dlm kehidupan kami adik beradik. dia la mak, dia la ayah.

Ya Allah, kau panjangkan la umur ibuku, sihatkanlah tubuh badannya, ampunilah dosa-dosanya, berilah kebahagian yg melimpah kepadanya sebagai hadiah atas ketabahannya menempuh segala dugaanMu..Amin

khas buat mak

final semester..

Assalamualaikum. hai.. rasa kejap je kan. dah nak masuk 3 tahun kat UKM. rasa cam kejap je.. tinggal lagi sebulan je nk duduk kat sini. final exam habis 17 Jun. lepastu :

Bye2 UKM
Bye2 Zaba
Bye2 undegrad time
Bye2 coursemates
Bye2 kawan2

sedih pulak. tinggal lg sebulan je nk together2 dgn coursemates tersayang. lepas ni smua akan bwk haluan masing2. teringat time same2 dgn kwn2. waktu terkejar2 antara FTSM & FST masa 1st year n 2nd year dulu. masa tu jadual pack sgt. dah la dua2 fac jauh pulak tu. naik bas pulak tu. kenangan2. masa nk dkt exam, study group sama2. sambut birthday sama2. mkn pizza sama2. buat assignment sama2. I'll miss them very much. betul tak tipu.

half of them

skrg kan tgh busy betulkan tesis. even tesis 30 ms je, tp nk menyiapkan tu mmg perlukan effort yg bnyk n masa yg panjang. n expectation from my sv sgt la tinggi, so I must give my best. masa study week that is in the study week, akan ada VIVA or pembentangan tesis. Ya Allah, permudahkanlah urusanku hari tu. harap2 dapat bentang tesis dgn baik n lecturer2 yg menilai tu x tanya soalan pelik2. huhu

# I'll not miss UKM that much. because we will meet again soon. InsyaAllah :D

Wednesday, March 27, 2013

wedding lagi??

Assalamualaikum.. kali ni nk share another wedding story.. another? hehe. last year baru je dpt abg ipar n this year dapat lg sorang abg ipar ! yeah, anyah dah kahwin hari tu. n the most special was the nikah day fall on her 28th birthday. what a sweetest bday gift that she had this year. :`) n finally kakak-kakak sy dah kahwin. hehe. skrg tinggal 2 org kanak2 je dlm adik beradik kami. wahhh..

TQ kwn2 sbb sudi dtg kenduri :D
nk tau x moment paling best? masa pernikahan. masa tu smua org berkumpul, family n sedara mara n kwn2 tengok secara live penyatuan 2 hati mengikut islam iaitu akad. kan bila tengok video nikah org lain kan, msti bride tu nangis. n org kat sekeliling die pun nangis. sbb mase tu anak perempuan dah beralih tanggungjawab drpd parents kpd suami. tp mase akak2 sy kawen, sy x nampak pulak diorang nangis. hehe. maybe rase sebak dlm hati je kot. malu letteww nk nangis, padahal sedih bercampur gembira kan kan. hee. bile tanya mak, mak sedih x tengok diorang nikah. tgk la pastu mata mak berair. wah, sedih dah. rase mcm ask question at a wrong time pulak. then mak akan ckp "Alhamdulillah, selamat diorang nikah dah". hati mak mesti sedih, sedih bercampur gembira. sbb tgk anak perempuan dia dah sah menjadi seorang isteri.

pengantin baru
ok. skrg tanya diri sendiri. sy sedih x tengok akak2 sy nikah? emmmmm, xtau la nk ckp camne. tp mase pernikahan tu, mcm x rasa ape2, sbb dok excited tgk abg ipar nervous nk melafaz akad. kelakar pun ada mase tu. bile da selamat nikah, rasa cam seronok sbb dpt abg ipar, dpt family baru. hee. tp sebenarnye rase sedih tu ada jugak. bile kte busy2 tlg siapkan gift, bile kte busy2 buat bunga telur, bile kte tlg letak inai kat jari akak kte n bile tgk akak kte pergi meninggalkan rumah ikut husband die. haa, mase tu baru terdetik "eh, akak kte dah kawen da rupanya". huhu. mase tu proses adaptation akan berlaku. otak kte kne terime yg she's now has another responsibility, has another home, n not always with us anymore :`)

# abg ipar dah dpt 2 org dah. ok enough, skrg nak anak sedara pulak ! can't wait. hehe :D


Monday, February 18, 2013

cuti sem..

Assalamualaikum.. cuti sem habis akhirnya. sob2. sebulan je cuti. kejap kan? tp mmg enjoy sgt la duk lepak kat rumah. mmg rest habis. running man even da khatam semua episode pun sy dok ulang tengok lagi. hee. tp ade sikit2 analisis tesis kena buat, n sempat settle dlm sem break ni. tp kebanyakan aktiviti cuti bnyk dihabiskan dgn family n kwn2. mase ni la nk spend time dgn family n kwn2 skola yg dirindui. hihi. sempat gak g bercuti kat teluk batik dgn family. 2 hari 1 mlm je. oleh sbb sy agak kurang gemar dgn aktiviti berair(sbb x reti swimming), jalan2 shopping n tgk pantai je la. haha. shopping tu sebenarnye best.. hik2

ni 2nd hangout dgn geng
1st hangout dgn mai n lela
mereka masih kurus seperti dahulu *except me :(
khusyuk tgk gelagat org2 di tepi pantai. kih2

rase sedih sbb cuti dah habis. tp semangat jd kuat blk sbb sem ni last as undegrad kat UKM. rase cepat sungguh masa berlalu. berbaki 1 sem je lg nk habiskan tesis n spend time dgn coursemates. huhu. ramai org tanya "intan lepas habis degree nk buat ape?" sy pun jawab"hah, emm, x tau lg. nnt la pikir" haha. sesungguhnya amat sukar utk merancang masa depan. nnt la citer lg next entry.. 

Selamat start sem baru ! :D



Tuesday, December 18, 2012

aik, cepatnye

Assalamualaikum. pejam celik, dah minggu akhir kuliah da. next week da study week.. pastu dah final exam. final exam kali ni ade 3 subject je. start 2 januari n dipisahkan gap slame 2 minggu. huhu. harap2 x buat perkara lagha lg slame 2 minggu gap tu, cam sem lepas. hee

even minggu akhir, sepatutnye smue da bersorak gembira. ade yg da siap blk rumah sbb dah xde kelas. yela, silibus dah habis. utk yg rajin tu, ade yg da stat study utk final exam. wahhhh. best la kalau cmtu. tp kitorang x dpt la cmtu. huhu. minggu akhir ni la paling stress skali. minggu ni ade 2 presentation n 3 assignment nk kne submit. mampu bisik dlm hati je supaya kuat bertahan smpe hjung minggu ni. pastu nk balik umah. da sebulan x blk ni. homesick dtg dah =.=

sem ni rase cepat je habis. masing2 busy dgn assignment, dgn tesis lg. xpe la. nikmati la zaman belajar. nnt dah habis, rindu pulak.

rase nak pegi melancong. yg betul2 melancong.
gambar kat atas ni bukan melancong pun. singgah makan kat PD je. hua2