Thursday, July 19, 2012

lunch treat before ramadhan

Assalamualaikum. jom countdown ! lg 2 hari dah nak start bulan ramadhan. excited :)

hari ni lecturer kitorang, Dr azrul baik hati belanja KFC. hehe. ni antara lecturer yg baik ktrg pernah jumpa. mmg sporting. semoga murah rezeki ye sir ! Dr Azrul baru dpt title Dr. tp dia still nk ktrg panggil die sir. hehe. tp x semue coursemates ade masa ni. yg buat shortsem je la. sy, fizah, alyaa, hakim, fauzi n redha..

all of us
please smile intan :)

# excited nak pergi terawih esok. insyaAllah :))

Wednesday, July 18, 2012

lambat lagi la..

Assalamualaikum. Alhamdulillah, shortsem berjalan dgn baik. kelas hari selasa n khamis je. tp berderet drpd pukul 11am-4pm.. ade gap 1 hour utk lunch n solat zohor. ape yg dibuat hari2 lain?? mestilah dihabiskan dgn  tgk cerita korea ( latest drama = Big ), ber fb, buat assignment, jalan2 dgn fizah miza n eton, senamrobik, main squash, main futsal.. futsal is a new activity for me. haha. as I play it with my seniors lately n it was fun ! but I prefer playing squash more than futsal. hehe

last week all my family members gathered at home. it was my kak nyah's Engagement Day. Finally she got enganged with abg F. Alhamdulillah everything went well that day. Ramai sedara mara datang. n my fren, Adilah was coming to0. my sis weared pink baju kurung with pink scarfs that day. Alhamdulillah she's wearing hijab now. I'm very happy for her n hopefully she will be istiqamah with her hijrah. Amin.

farisha,alia,dilah,anyah n me
my favret hantaran. ni coklat tau. sedap n cantik!
TQ cik dilah memeriahkan mjlis :)
i'm smiling brightly.
 the date of her marriage day is not decided yet. insyaAllah we will get a new family member next year.

lepas majlis selesai, my family n sedara mara duduk santai2 sambil bersembang. opah sedara tetibe mengusik camni :

"Ayong lepas dah. anyah pun dah bertunang. lepas ni giliran anak dara no 3 la pulak"

sy dengar ni sambil garu2 kepala. alaaa, dah start la ni time nak ngusik2.. main jawab je la..

"alaaa, lambat lagi intan ni. muda lagi laaaa"

betul la muda. baru 21 tahun tau. skrg still makan aiskrim paddle pop lg tau. zaman budak2 rase x habis lg.

"ishh3, muda apenye.. boleh ikat dulu.."

aduhh. ah sudah. ikat ape ni. ikat rambut?ikat buah? buat2 x faham. nak suruh bertunang jugak la tu. relakkk dulluuu. carikan la calon . ade??

" krikk. krikk. krikk. bunyi cengkerik. sy terdiam sambil buat senyum kambing =.= "
cantik bunga 
jawapan penuh kpd sape2 yg duk sakat2 lepas ni turn sy pulak bertunang/kahwin. this is my answer:

Biar sy mencintai diri sy sepenuhnya dulu, biar diri sy terdidik sepenuhnya utk taat mencintai Allah n Rasul, menjadi wanita solehah, menjadi anak yg mampu membalas jasa emak yg mendidik sy dari kecil tanpa suaminya di sisi, menjadi manusia yg berilmu, menjadi gadis yg bijak dlm ilmu rumahtangga dan menjadi gadis yg mampu berdiri sendiri di atas kakinya sendiri, menjadi gadis yg tabah n kuat even terjatuh bnyk kali. tq for those dugaan becoz i'm getting stronger day by day.

###  for my lovely sis, congrats for your engagement !



Sunday, July 1, 2012

berpindah.

Assalamualaikum ! Alhamdulillah final exam dah habis.. dah habis dah 2 tahun kat ukm. taun depan dah final year.. cepat kan masa berlalu. thesis oh thesis.. huhu

ramai dah yg blk kg utk cuti sem. cuti 2 bulan. best kan? tp sy x cuti. sob2. sbb ambik shortsem. ambik 2 subjek n kelas pun x bnyk.. bak kata senior, shortsem sgt relakss.. tu yg best tu.. citer korea dah bnyk dah ambik kat kawan. tunggu nk tgk je.. tp at least kena ade perancangan lain jugak ni utk shortsem. supaya x la rase buang masa sgt kan.. nnt boleh difikirkan =.=

hari jumaat n sabtu iaitu kelmarin n semalam ialah hari yg sgt memenatkan. penat berpindah. hari jumaat tu alyaa tolong pindah barang kat kolej amin. then sy simpan barang dlm stor zaba n terus check out.. hari sabtu tu check in bilik baru kat kolej amin.. x sangka barang bnyk sgt. huhu

barang2 letak dlm stor

cuci bilik baru
oleh sbb bilik baru ni habuknye tebal, sy n rumet baru, mizah telah 'membasuh' bilik ni. hehe. siap beli ambi pur lagi nk bg bilik ni wangi. lama jugak la kitorang gotong royong smlm. cuci kipas, sapu n lap lantai, lap almari.. tp hasilnya sgt memberangsangkan ! baru la selesa..

# selamat bercuti bagi yg sedang bercuti. selamat ber shortsem bg yg buat shortsem =.=


Saturday, June 23, 2012

gap exam 10 hari.

Assalamualaikum. skrg ramai yg dah abis exam kan? seronoknyeee.. sy x habis lg. ade lg 3 paper next week. skrg tgh gap 10 hari. lame x gap 10 hari?????

bila ckp kitorang ade gap 10 hari, mesti org2 semua ckp
" wahh, lamanye gap.. boleh study cukup2 "
buah anggur RM5 beli kat pasar malam

study la sgtttt.. sepanjang 10 hari, ade la jugak buat revision utk tiga2 subjek ni, tp x complete lg. rasenye waktu relaks lg bnyk. mcm dah habis exam pulak kan ! tula.. siapa suruh buat gap sampai 10 hari?? haha. marah org yg buat jadual exam tu pulak..

aktiviti sepanjang 10 hari :

- tengok citer korea [ dah habis dah tgk citer korea "Love Rain" ]
- main game "Supercow" (da bnyk kali habis dah main game ni tp dok ulang2 main lg.ish3)
- keluar g mines. (rujuk perenggan di bawah)
- main makeup2 dgn yana n huda. (haha,main conteng2 muka)
- g pasar malam ( x bosan2 lg mkn ayam uncle bob )
- waktu tidur yg agak panjang (ishhhh3)
- study, buat note warna warni, pastu ngantuk terus bukak fb (ishhhh3)


hari isnin 18 jun hari tu, sy n yana melilau ke the mines. ktrg g beli barang je kat Giant n Daiso. barang2 dapur bnyk dah habis. hehe. pastu makan2 jap kat sana. mkn "Hot n Roll" n "Tutti Frutti".. pastu bwk blk bekalan KFC. bnyk duit habis digunakan utk makan je. ktrg pegi tengahari n blk UKM petang. bila la dpt hang out dgn mai n syafiqah. diorang kat UPM. next sem. next sem. hehe


ambik sikit camni pun dah rm 6 tau. fuhh

barang2 dapur. hee


bila dah nak habis gap 10 hari ni, baru la agak menyesal. sbb masa utk study tidak diperuntukkan dgn betul. hehe. tp x la sampai x study langsung. study jugak sambil leka buat bende lain. ishhh3. next sem tolong la jangan buat gap lama2 camni !! please2. =.=


# intan. tlg sambung balik study intro bioinfo. dah dah jangan leka dah =.=



Saturday, June 9, 2012

hari ni saya malas.

Assalamualaikum.. hai. malam ni sy malas study. dari td kat note ara operon. x gerak2 ni. cari additional info kat internet, last2 scroll2 fb n download citer korea kat youtube. ishh ! don't try this at home. tq~

memandangkan exam dah dekat, sy nk wish SELAMAT BERJAYA kpd semua kawan2 yg dikasihi. dedikasi pertama ditujukan kpd coursemates tersayang yg tgh struggle study kat bilik masing2 di UKM bangi (macam dedikasi kat radio pulak), semoga korang semua kuat semangat utk study n buat elok2 mase exam tau ! kite berjuang same2 sampai 29 jun nnt ye !

teman seperjuangan
ucapan kedua dedikasikan kepada roomate tersayang, yana. selamat berjuang ! good luck ye. nnt yana balik awal, bestttt laaa.. awal sehari je. hehe. kpd cepah jugak, good luck ye. selamat berperang bersame yana dlm dewan exam nnt ! hehe. nnt kte pegi pasar malam beli ayam uncle bob lg eh. hik2

mase dinner
ucapan ketiga ditujukan kpd kawan2 sekolah yg sentiasa diingati.. bnyk sgt ni nk wish. hehe.

kpd MAI kat UPM, best of luck ye mai !

kpd NASUHA kat uitm shah alam, jgn tension2 ye cikgu :)

kpd LELA kat uitm sri iskandar, good luck exam lela aspalela ! 

kpd SYAFIQAH kat UPM, nnt lepas exam kte jumpe tau, rase cam setahun dah x jumpe kamu !

kpd AZEATUL kat ipgm perlis, stay cute n pink ye cikgu ! practice2 bwk kete, nnt leh jalan2. hee

kpd cik DILAH kat UTM johor, nnt kte jumpe gosip2 panjang2 k !

n kpd semua kwn2 sekolah yg lain, good luck exam la eh. senarai kat atas ni smue kwn rapat. rindu diorang. sob3

mase sy kawen. eh tak tak, akak kawen.hee
dedikasi seterusnye kpd besties kat KMPk.. ain n shaz.. diorang dah start exam dah. ain kat UMT, shaz kat UMS.. teruskan perjuangan ye korang. kitorang ade plan wat reunion nnt. x sabar nk jumpa diorang. rinduuu. nearly 3 years x jumpa.. huhu

rindunyee
good luck exam ye korang ! love-intan azlinda-

# rase nak rebus note ara operon ni. huk =.=




Friday, June 8, 2012

today's quote.

                                                                              
the memories are what warm you up inside, but they can also easily tear you apart